Kenapa aku tak update blog

Assalamualaikum

Blog dah macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Kemalasan melanda semenjak dua menjak ni. Sibuk satu hal, kerja di opis melambak. 

Bila dah jadi insurance underwriter ni banyak benda nak kena belajar balik. Kalau setakat nak underwrite insurance keta, yang tu dah jadi perkara biasa tapi bila dah masuk insurans untuk company2 besar yang mana bosnya bayar ratus2 ribu untuk premium insuransnya saja, tentulah banyak benda yang nak disediakan dengan teliti.
Apa klausa dan warranti yang patut dimasukkan dalam polisi insurans mereka. Klausa2 ni kalau yang belajar undang2 memang tahu benda ni. 
Klausa untuk insurans harta benda, untuk tanggungan awam, kebakaran, kecurian .... semua berbeza. 
Silap sikit, lain pengertiannya.

Bila dah tau apa benda nak bagi kat customer tu, baru boleh keluarkan quotation. Dan dari quotation yang dipersetujui oleh customer ni, inilah yang akan dijadikan polisi insurans.
Silap underwrite abislah si tukang underwriting itu (akulah tu).
Sebab tu aku kena belajar semua benda tu .. kalau aku memang jurusan undang2 tu mungkin senang sikit sebab dah ada asas tapi dah namanya bidang terjun, terima sajalah.

Boss pula dah bagi sepenuh kepercayaan kat aku, so mahu tak mahu kena pikul tanggungjawab itu.
Orang bilang bila kau dah setuju dinaikkan pangkat maka kau kena setuju juga dengan sejumlah tambahan kerja yang kau kena buat. 
Bila orang dah percaya dengan kau maka jangan sia-siakannya.
Lagipun mana ada company yang naikkan gaji pekerja yang kerjanya cuma goyang kaki sahaja ( tapi kalau ada, nak juga aku apply ... kihkihkih )

Fuhhh ... ambik nafas sekejap. Nampakkan kesibukkan itu.

Perasaan nak up entri tu memang membuak2 gitu ... ada idea tapi masa tak ada. Apalagi nak bw .. baca dan komen langsung tak sempat.
kadang2 tu nak juga curi-curi baca blog guna hp kat opis, yelah sambil2 buat kerja tapiiiiii kan aku tak boleh. 
Tak dapat nak tumpukan perhatian kat kerja yang sedang dibuat. So terpaksalah blog jadi kos lepas walaupun dalam hati nak sangat.

Blog memang minat aku tapi kerja lebih utama sebab itu periuk nasi aku.
Tak ... aku tak akan tutup blog ni, cuma aktiviti update tu akan menjadi slow.
Hujung2 minggu dan hari cuti aku tetap buat BW walaupun tak sempat tinggalkan komen. Dan up entri jika ada masa.

Thanks korang-korang yang masih sudi baca blog ni ye ...

TaTa!



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Kalau kerja banyak memang mood pun ke laut..Sama la kita.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat datang balik mood blogging.. Hehe

    ReplyDelete
  3. Sebaiknya tumpukan kerjaya Mia dulu itu yg terbaik
    Jgn kerana blog kerja ada salah-silapnya

    ReplyDelete
  4. Utamakan yang lebih penting. Blog hanya sampingan saja. Aku pon lately femalas nak update blog.

    ReplyDelete
  5. Jika sibuk dengan kerja lain. Memang blog pun tak sempat nak buat entri baru.

    ReplyDelete
  6. Betul tu....pentingkan dulu periuk nasi...hihih

    Cadangan saya, mungkin awak boleh menulis / share di blog tentang kerjaya awak...tentang isu2 insurance yg general people perlu tahu...

    ReplyDelete
  7. itu la lama btul tak nampak uols.. faham.... kerja kan, itu lebih penting. alaaa kami yang 24jam duduk umah takder benda nak buat pun kadang2 tak sempat nak ngapdet, busy apa pun tak tahu hahahaa.

    ReplyDelete
  8. Okje dulu selalu gak apply insurance utk projek....Tak pernah baca pun klausa klausa kecual ada kes haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post