Cadangan peningkatan mutu sesuatu jabatan

Assalamualaikum

Tajuk post macam rasmi sangat ... rasmilah sangat kan. 
Korang biasa nampak kan, peti-peti cadangan peningkatan mutu perkhidmatan yang ada di jabatan-jabatan kerajaan. Kadang-kadang terdapat juga di office2 swasta.

Tapi kan pernah ke korang sentuh atau tulis cadangan penambahbaikan perkhidmatan korang. Ye lah mana tau nak suruh dorang lajukan servis ke, lebih peramah ke, suruh tambah aircon ke. 
Tetiba aku tanya pasal ni sebab terbaca satu cadangan dari seorang pengguna sebuah klinik yang viral di Facebook. 
Cadangan yang sangat jujur :P

Sumber : Facebook

Memandangkan pengguna ni menulis guna bahasa pasar di Sabah, aku tolong translatekan untuk mereka yang tak berapa faham.

Tolong sediakan minuman seperti kopi di waktu pagi kerana tempat tinggal saya jauh, dari Paitan (meaning dia kena datang awal pagi disebabkan kampungnya di ulu dan jauh, tak sempat sarapan atau minum pagi).
Saya dapat tahan jika ada minuman disediakan walau lama menunggu.
Nurse jangan terlalu bermake up (bercantik2) nanti suami saya tergoda. Saya tidak mahu memegang status janda beranak 5. Bukan mudah untuk lahirkan anak. 

Walau nampak lucu tapi ini adalah cadangan yang sangat ikhlas datang dari seorang isteri/ibu yang datang jauh dari kampung. 

Harap-harap klinik tu dapat mempertimbangkan cadangan pengguna tu ye :D




8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Singgah pagi..
    kelakar..tapi di samping itu jugak...
    memang kena ada perubahan..seperti kena tunggu lama...
    kesian pada mereka yg duduk di kawasan pedalaman nie..

    ReplyDelete
  2. memang lucu sampai gelak berair mata ni...tapi ada maksud disebalik kelucuan tu

    ReplyDelete
  3. lucu cadangan tu tapi ada benarnya. sekarang mmg ada borang komplain/cadangan cthnya di bank, post office dan restoran tertentu.

    ReplyDelete
  4. Hihi... bukan nak perlekeh tapi macam kata Mia wanita ini luhur memberikan pendapat
    Tapi kakak aje ni yg nak tergelak pulak:)

    ReplyDelete
  5. Cadangan yang bagus harap ada harapan di terima nanti.

    ReplyDelete
  6. Hihi....mmg nampak ikhlas sangat komen dia tu. Agak agaknya komen tu diberi perhatian ke tu ke KIV?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post