Bila sepupu sepapat dah berjumpa

Assalamualaikum

Bila sepupu sepapat dah berjumpa, ada saja yang dorang rancangkan. Maklumlah bukan selalu dapat bertemu, berkesempatan berjumpa di musim cuti sekolah dan cuti perayaan. Lokasi perjumpaan tentulah di rumah atok dan opah di kampung.

Kami menetap di Kota Kinabalu, adik ku juga sama sebab di bertugas di QEH KK. Cuma kakak yang menetap di kampung kerana bekerja di sana. 

Walau jarang berjumpa tetapi hubungan persaudaraan tu tetap utuh. Mereka tidak kekok berbual atau bermain bila dah berjumpa. Ada saja yang dorang ceritakan. Lepas tu ketawa. Yang aku suka mereka tak pernah pula bergaduh. Harapnya hubungan baik ni berkekalan hingga mereka dewasa nanti.

8 orang sepupu sepapat, 7 lelaki seorang perempuan (yang berangan2 nak jadi princess tu kononnya). Mereka ni lah penghibur atuk dan opah di kampung.


Sekali pandang macam perbincangan serius, 2 kali pandang ... apa ke halnya dorang siram akar pokok tu .. :P


4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Damia is the only cuculah ye.
    Yg lelaki mestilah lasak sampai akar pokok pun nak disiram haha...

    ReplyDelete
  2. memang meriah klo dah jumpa sepupu sepapat. gambo tu cntiklajh. suka nengok

    ReplyDelete
  3. Besar besar dah sepupu shamzie tu....mau pulak abg abg tu berkalobarasi ngan budak kecik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post