Assalamualaikum
Di Sabah kebanyakkan bangunan pusat membeli belah terletak di Kota Kinabalu. Walaupun ianya tidak sehebat pusat membeli belah Pavillion atau Berjaya Times Square di Kuala Lumpur tetapi kebanyakkan outlet yang ada di sana juga boleh di dapati di sini.
Ok ... antara shopping mall yang legend kat Kota Kinabalu, maknanya dah lama dibuka.
Centre Point Sabah
Sumber : wikitravel.org |
Wisma Merdeka Sabah
Sumber : www.maricorealty.com |
Kompleks Karamusing
Sumber : Google Image |
Ni antara shopping mall yang awal dibuka di Kota Kinabalu. Wisma Merdeka dan Kompleks Karamunsing paling awal dibuka ... kemudian Centre Point yang banyak sentimental value untuk aku. Yalah zaman study dulu, tempat ni lah kitaorang selalu lepak-lepak release tension dan juga dating di KFC ...upppss.
Kompleks Karamunsing ni pula boleh dipanggil Low Yat KK kerana terdapat banyak kedai menjual pc, tablet, hp ... ala ala Low Yatt Plaza di KL tu.
Kompleks Karamunsing ni pula boleh dipanggil Low Yat KK kerana terdapat banyak kedai menjual pc, tablet, hp ... ala ala Low Yatt Plaza di KL tu.
Kemudian banyak lagi shopping mall dibuka di Kota Kinabalu yang lebih banyak menawarkan banyak outlet yang menjual barangan branded dan mahal. Ni untuk mereka yang suka bergaya mewah lah.
1 Borneo Hypermall
Sumber : icgt2015.weebly.com |
Suria Sabah
Sumber : www.skyscarpecity.com |
Kedua pusat membeli belah ni selalu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hujung minggu dan juga cuti am. Aku selalu ke 1 Borneo sebab lokasinya dekat sahaja dengan rumah.
Suria Sabah mungkin baru 3 kali ke sana. Tak berapa suka sebab ianya terletak di tengah bandar KK. Malas nak meredah jammed.
Selain dua shopping mall ni ... satu lagi pusat membeli belah dibuka di area KK. Baru sahaja grand opening hujung bulan mac yang lalu.
Sebelah sahaja dengan opis tempat aku kerja ni, maklumlah sama developer kan.
Imago Mall
Sumber : sabahbah.com |
Actually banyak lagi pusat membeli belah di area Kota Kinabalu ni. Ada yang sedang dalam pembinaan ... kat depan kawasan perumahan aku tu pun ada satu yang sedang dalam pembinaan. Makin sesaklah tempat kami tinggal bila dah siap nanti.
So korang yang nak datang ke KK bolehlah berkunjung ke pusat2 membeli belah ni. Ok bai!
bestnya bile la dapat ke kk sabah lagi ni..
ReplyDeleteDulu zaman study lagi , 1B..suria sabah blm wujud.. so cp lah menjadi pusat lepaking kitaorang semua.. hehe
ReplyDeleteAsSalam Mia,
ReplyDeleteTeringin ke KK bercuti.. Masih dalam perancangan..
Salam Mia.. aku ni jarang bah pigi KK..hehe..kurang tau sdh perkembangan sana..hehe..
ReplyDeletenti pasti smpai juga suatu hari:)
good sharing
ReplyDeleterindunya nak pergi sabah
ReplyDeleteSelaras dgn pembangunan pesat sana-sini shopping complex dibina utk memudahkan org ramai. Yg business juga yg untung Mia..
ReplyDeletewah wah best nyer.... :)
ReplyDeleteWana kalo pegi bandar kk mesti nda 'miss' pigi Center point..imago baru ja masuk kelmarin..hehe..best juga cuci mata ^_^
ReplyDeleteSemakin membangun sabah dgn pusat membeli belah. Pelancong juga semakin bertambah stp tahun..
ReplyDeleteBest jugak tu. Besar besar mallnya . Puas tu berjalan sehari.
ReplyDeleteSepupu Pak Jilap kawen hujung bulan ni ngan orang Sabah Mia.... rasanya org Keningau...kitaorg tak pergi....dtg meriahkan kat rumah sini ajelah
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!