Assalamualaikum
Rasanya aku dah kongsikan kisah kakakku yang preggy itu. Terkejut juga bila dengar berita tu sebab anak kakak yang paling bongsu tu pun dah masuk tingkatan 1, dah 13 tahun umurnya. Lagipun kakak tak ada pun rancangan untuk menambah lagi. Tup tup dah tahu kakak mengandung hari tu.
Tapi itulah, manusia hanya merancang, semuanya ditentukan oleh Tuhan.
Kalau Dia nak bagi rezeki, bila-bila masa sahaja yang dikehendakNya.
Syukur Alhamdulillah, kandungan kakak dah masuk 8 bulan. In sha Allah bulan Jun ni kami akan menyambut keluarga baru.
Kakak sepanjang kandungan tak hadapi apa-apa masalah. Morning sickness pun tak seberapa. Bukan cam aku dahulu, tiga3 anak pun hadapi masalah morning sickness yang teruk. 3 bulan pertama asyik baring je, muntah2 dan tak lalu makan.
Kakak pula ok, makan juga cuma tak boleh makan ayam. Katanya geli bila rasa daging ayam tu.
Bila dah tetiba mengandung, setelah berehat selama 13 tahun ... ianya kembali seperti pengalaman pertama. Kakak seperti ibu yang sedang menunggu kelahiran anak pertama. Semuanya kembali kepada kosong. Kakak banyak bertanya kepada aku dan adik.
Kenapa kandungan macam ni, apa yang perlu dibuat, apa yang tak patut dibuat.
Hari tu di kampung, aku ternampak akar-akar kayu di dalam periuk yang seperti sedang sedia untuk direbus. Aku tanya siapa punya, mak jawab kakak. Aku sebenarnya bukan tak percaya kepada herba-herba atau akar-akar kayu ni. Tetapi kadang2 apa yang diminum oleh ibu tidak dapat diterima oleh bayi yang dikandungnya. Lebih baik elakkan daripada memudaratkan bayi.
Mungkin semasa berpantang nanti, kakak boleh amalkan perubatan tradisional.
Aku nasihatkan kakak makan ubat-ubat yang diberikan semasa dia berklinik. Adik aku pun sama, sepanjang dia bekerja sebagai nurse, tak pernah pula doctor suggest minum akar-akar kayu untuk mudahkan proses bersalin. huhu
Hari tu kakak dan abang ipar membeli barang-barang bayi. Kena bersedia awal kan. Manalah tahu, baby tak sabar keluar ... kadang-kadang kandungan 8 bulan lebih pun boleh terbersalin. Cam aku, tiga3 anak semua pun nak keluar awal hehe.
Sekejap-sekejap kakak telepon aku. Apa lagi yang nak dibeli. Barang-barang baby yang patut disediakan. Eksaited dorang suami isteri ... nak sambut orang baru kan.
Antara barang-barang bayi yang kakak beli. Semangat dia tunjukkan kat aku melalui whatapps. Lampin pakai buang jenama Mamypoko tu aku yang suggestkan sebab tiga2 anak aku guna ni semasa awal kelahiran. Harga memang mahal tetapi kualitinya sangat puas hati. Kulit bayi sentiasa kering walaupun mereka kerap buang air kecil. Dan satu lagi, bila kulit selesa dan kering, baby tak akan terkena ruam lampin. Kesian bila baby terkena ruam lampin tu, tentu pedih dan tak selesa.
Baju-baju baby yang kakak beli. Kakak beli kaler selamat. Maknanya baby girl ke atau boy, dua2 pun boleh pakai. Jantina baby tak nampak kata kakak. Malu agaknya dia nak tunjukkan kat Mummy dan Daddynya. Kata kakak semasa dorang pilih baju ni, abang ipar yang terlebih eksaited, semua dia nak beli. Teringat aku pula dulu, cam satu kedai nak diborong. Tak boleh tahan tengok baju-baju baby yang comel tu.
Tak kisahlah kan baby girl ke atau baby boy, yang penting kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat. Aku pula yang eksaited nak tengok baby bulan Jun ni. Tak sabar nak cium bau baby yang wangi tu.
comel je barang baby ka.... i pun x sabar nak deliver ni, heheh
ReplyDeleteplg suka tgok baju2 yg tomel2 tu.. huh geram sgt
ReplyDeleteSalam Mia..wah semangat bah mo sambut baby baru..ada anak saudara baru mesti best.. erm..kalau org2 tua dulu memang minum akar2 kayu jak kan.. tapi tu lah klu kita ni pandai juga was-was.. hehe...
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan..comel2 tengok brg2 baby tu..
ReplyDeleteYelah Mia kalau dah 13 tahun memang dah lama benar.
ReplyDeleteTapi bagus juga sebab bila lahir si 13 tahun itu dah boleh banyak membantu
assalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi
singgah pagi :)
sory hari ini anum bz skit..
Seronoknya nk dpt baby slps 13 thn berehat. Nnt ank kakak mia dpt tlg mamanya jg baby. Kecik2 dah ada pglmn. Esok besar senang jg ank sendiri..
ReplyDeleteWahhh....sia yg dgr pun seronok moy...siok kan dgr sepa2 yg mo dpt baby nie.. :D
ReplyDeleteWah cantik-cantik semuanya baju dan persiapan ni.
ReplyDeletedah start kumpul sikit²..risau jugak kalau beranak awal nanti...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!