Assalamualaikum
Roti Cobra! Apa ke benda tu? Cobra tu bukan ular tedung ke? Ni roti berinti ular tedung ke? Hehe Tapi serius cakap roti ni memang sedap. Bagaimana bentuk roti ni? Panjang2 cam ular tedung ke?
Jeng jeng jeng. Yang belum brekpes sila tengok ni :P
Memperkenalkan roti cobra! Actually nama jek roti cobra tapi ianya tidak ada kena mengena dengan ular tedung atau yang seangkatan dengannya. Menu ni sebenarnya biasa saja. Cuma yang membuatkan dia menarik cara persembahan makanan tu dan bahan sampingannya. Roti kosong jek pun, tapi yang menarik ditambah kari daging kat atas roti tu, bubuh telur mata lembu separuh masak kemudian cicah dengan kual dhal. Perrgghh terbaik !!!!
Sesuai di makan waktu brekpes ataupun minum petang. Makan pula sambil minum teh tarik panas kaw2. Makan memang tak pandang kiri kanan dah.
Bagi yang tak suka daging lembu, boleh jek tukar ke roti cobra ayam atau roti cobra kambing (peberet hubby).
Tak tahu tempat lain ada menghidangkan menu ni atau tidak. Atau menu sama tapi nama berlainan. Hari tu ada juga ternampak menu lebih kurang camni dalam rancangan JJCM. Nama lupa lah pula. Tapi apa2pun roti cobra ni memang terbaik!
perghhhhhhhhhhh
ReplyDeleteSedapnye tp x leh mkn tiap2 hari ni, kolesterol tinggi..
ReplyDeletemarbeles.... tapi ija suka mkn roti canai atau seangakatan dgn susu... hehehe
ReplyDeletesedapnya mia...alahai...makan panas² memang best kan..kena pulak dengan teh tarik...
ReplyDeletehamboi..meriah...
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleteSeram weyh nama dia....hihi. Mia, agaknya sedap dia mematuk mcm kena patuk cobra kot ek....
ReplyDeleteRoti canai kalau cicah kari , dhal campur dgn sambal mmg terbaik Mia....Bukan cicah jer tau, cich pakai sudu, boleh hirup kuah dia srkali.... Mmg perghlah....
enak kali iya mba roti cobranya? pengen nyobain hehe
ReplyDeleteSy suka makan roti kosong + telur mata separuh masak cicah sambal ikan bilis. Wow bestnya.
ReplyDeleteroti cobra pun ada yea akak. Boleh nak cuba juga macam ni.
ReplyDeleteSedap plak nengok.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!