Mengidam masak nasi lemak

Assalamualaikum

Salam isnin ... ada yang dah mula kerja hari ni? haruslah kerja kan, kecuali rakan2 cina kita yang mungkin sambung cuti hingga chap goh mei nanti. Anak2 pun dah mula bersekolah, aku pun tadi dah mula 'berlatih ketinggian suara' selepas hampir seminggu bercuti. Nak bangunkan anak-anak yang liat. Hehe

Aku cuti cny tu, balik ke kampung. Ambil kesempatan sambut birthday awal untuk Shumi yang ke-9 tahun. Birthday actually 27hb ni tapi dah alang2 balik ke kampung, so sambutlah secara kecil2an di sana. Kira Shumi surprise juga sebab tak tahu yang Umi dan Baba dah beli kek untuk dia. 
Tapi cerita tentang birthday Shumi tu nanti post yang akan datanglah ye.

Aku kalau di kampung, memang tak ada kerja lain lah ... santai, rehat, makan. Lepas tu santai, rehat, makan. Mak kan suka masak kalau anak2 dan cucu2nya balik. Abis makanan di rumah, petang2 pergi ke pasar malam beli kuih muih. :)
Kalau sebulan tinggal di kampung, konpem badan naik cam kuih pau :P

Kakak lagi tengah mengandung ni, ngidam macam2. Oh ya, kakak dikurniakan rezeki bila tahun ni tetiba mengandung anak yang ke 3. Anaknya yang bongsu dah berusia 13 tahun. Jauh kan beza dia. Umur kakak bulan April ni akan mencecah 38 tahun. Rezeki kakak ... bulan Jun ni in sha Allah kakak dijangka bersalin. 

Hari tu tetiba kakak cakap nak masak nasi lemak. Aku tanya dia, ngidam ke ?? Tak ... dia nak masak jak, tapi tak suka makan. Aikk pelik ngidam kakak aku ni. 
Tapi adik2nya ok jak. Biarkan ibu mengandung tu masak. Kami adik2nya jadi tukang makan jak. 


Nasi lemak simple by ibu mengandung. Sambal tu memang terbaik, ada baki pagi tu, petang buat cicah pisang goreng pula :)



Note : Shumi sejak kebelakangan ni asyik buat pernyataan sendiri. Umi kalau Umi beranak nanti, kita kasi nama dia Shami Darul kalau lelaki, Siti Dania kalau perempuan. Shumi mau 2 adik lagi. Gulpp telan air liur kejap Umi. Ingat beranak tu senang ke Shumi oiii. 






11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. sila percaya, aku blom pernah buat nasi lemak sendiri. hahahaha

    dan aku pun kekadang ade keinginan nak masak tapi entah bila

    ReplyDelete
  2. walaupun nasi lemak simple tapi sedap juga di tengok ni mia..belum lagi makan mesti sedap ..:)

    ReplyDelete
  3. thihiiii untung org lain masak org lain mkn! :D

    ReplyDelete
  4. suka sgt nasi lemak....ari-ari makan pn ble...

    ReplyDelete
  5. nasi lemak simple tu yg sedappp..siap ada kacang lagi..

    ReplyDelete
  6. Nasi lemak dari ibu mengandung nmpk sedap. Ikan bilis tu nmpk rangup.

    ReplyDelete
  7. Baru hari ni OKje terfikir nak buat nasi lemak Mia...tp entah le ...entahkan jadi entahkan tidak...
    Untung mak rajin masak, anak tukang masak jer hihi....Eh? senang ke nak cari bahan mentah tu, macam kat dapur ada je semua bahannya.... nak goreng pisanglah apalah...

    Memang jauh tu jarak dgn baby yg bakal lahir tu.... itulah namanya rezeki.
    Muda lagi belum 40, tak per...

    Ha apa lagi beranak lah sekali dengan kakak tu....senang....sekali je mak nak jaga pantang ... Shumi pun dah mintak tu, Apa lagi miaa.....onnnn hihi

    ReplyDelete
  8. pandai Shumi bagi idea nama utk adik2 :)
    nasi lemak yg mia masak tuu, menarik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post