Yang buruk jadikan sempadan, Yang baik jadikan tauladan

Assalamualaikum

Ko sibuk tegur orang sana sini. Sibuk cakap orang tu begini, orang tu begitu. Orang tu salah, orang tu tak buat betul. Begitu begini, begitu, begini ... huh

Tak salah kalau kita menegur dengan tujuan untuk memperbaiki kesalahan orang lain tetapi jika sebenarnya sama seperti mereka, bukankah seakan menjilat balik ludah sendiri. Sibuk perbaiki diri orang lain, diri sendiri belum tentu lagi.

Sumber : Facebook

Tapi rasanya tak salah juga, bila kita menegur, dalam pada masa yang sama kita juga cuba perbaiki diri kita sendiri. Sama-sama menuju jalan yang benar.

Untuk mak bapa yang sibuk dengan hal anak orang lain, anak si polan begitu, anak si polan begini. Tetapi anak sendiri tak dilihat perangainya. Elok kah sudah, baik kah sudah perangai mereka. Takut nanti anak-anak apabila depan kita pijak semut pun tak mati ... di belakang? kita tak tahu kerana kita sibuk kononnya baiki perangai anak orang lain yang tak baik itu.

Untuk orang-orang yang berada di atas tu, jadilah contoh yang baik kepada orang-orang yang ada di bawah kamu. Agar bila kamu tegur mereka, mereka akan ikut dan hormati teguran kamu yang semata-mata untuk memperbaiki diri mereka.
Dan adakalanya walaupun kita di atas, harus bersikap terbuka untuk menerima teguran daripada orang bawahan. Yalah kita kan manusia biasa, tidak akan lepas daripada membuat kesilapan. 
Jangan pula bila ko di atas, terasa diri hebat, betul setiap masa dan tidak boleh ditegur ... ish ish ish 

Entri ni sekadar pengajaran kita bersama. Yang buruk kita jadikan sempadan, yang baik kita jadikan tauladan. Gitu (^__^)



11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. nak bercerita pasal orang ni,nak kena tengok diri sndiri jugak..risau dok canang pasal orang,kita pun tak tau kita betul ke tak

    ReplyDelete
  2. Ikhlas menegur dan menerima teguran dgn hati terbuka adalah lebih baik. Serta elakkan mengumpat dan sentiasa upgrade diri utk lebih baik.

    ReplyDelete
  3. entry sangat bagus nie..thanx for the peringatan.

    ReplyDelete
  4. Ibarat kata pepatah...'paku dulang paku serpoh, mengata orang dia yg lebih'. Mekasih atas peringatan beb.

    ReplyDelete
  5. betul tu mia..ada orang sibuk ja jaga tepi kain orang lain sedangkan tepi kain sendiri nda terjaga..

    ReplyDelete
  6. banyak jumpa orang macam ni dekat post-post viral di facebook. www.sophiesm.com

    ReplyDelete
  7. betul tu. Memang kena selalu ingat pepatah ni kan. Baik untuk kita semua.

    ReplyDelete
  8. Mcm kita menunjuk org la...1 jari pd org lg 4 jari pd kita kan..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tulah...takutlah nak cakap hal anak orang sebab kita pun ada anak sendiri...
    Esok lusa nasib kita belum tau lagikan Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post