Pais Ubi Kayu - Mia - Memories of Mine

Latest

Wednesday, October 8, 2014

Pais Ubi Kayu

Assalamualaikum

Pokok ubi kayu yang mak tanam di belakang rumah. Kalau nak buat sayur lemak, petik jak pucuknya. Kalau tak pun rebus dan dicicah sambal belacan....sedapnya.
Ubinya pula boleh direbus, digoreng atau dibuat pais. Sangat sedap untuk menu sarapan atau minum petang.

Aku kongsikan resepi kuih Pais ubi kayu atau pun lepat ubi kayu. Mudah dan senang dimasak.

Bahan2
Ubi kayu diparut
Gula melaka dicairkan
Gula pasir (jika nak manis)
Sedikit garam
Daun pisang

Cara2 membuatnya
Gaul kesemua bahan2 dan bungkus dalam daun pisang yang dilayukan sedikit. Kukus lebih kurang dalam 45 minit. Dan siap untuk dimakan. Sesuai untuk sarapan pagi atau sebagai hidangan minum petang.

Yang ni mak yang buat. Sedap gitu.




15 comments:

  1. ooo,,panggil pais ubi kayu ye,..,
    at sini rasanyaama lain.. dah lupa..
    mcm nama lepak ke apa ntah

    ReplyDelete
  2. wahhhh masak lemak pucuk ubi pun sodappp

    ReplyDelete
  3. Kalau kakak panggil ni lepat ubi Mia.
    Memang sedap apa lagi yg lembut-lembut tu. Kakak suka.

    ReplyDelete
  4. saya pernah makan sekali je..memang sedap..susah la nak jumpa orang jual kuih nih..

    ReplyDelete
  5. rasa dia kenyal2 kan.. tu yang best kampung, nak apa2 petik jer. my dream one day nak ada rumah kat kampung huhhu.

    ReplyDelete
  6. aduhhhh..sedapnya..lama dah tak buat ni..paling sedap kalau ratah makan gitu mana yg balance tu (bila dah dicampurkan dgn gula)..hehehe

    ReplyDelete
  7. haaaaa.. rindunya mo makan ni...

    ReplyDelete
  8. Memang sedap lepat ubi ni. Saya panggil lept ubi akak Mia.

    ReplyDelete
  9. Sedap bah Lepat Ubi ni Mia.. susah sdh mo jumpa skrg kan... Mamak ku sllu lah buat ni dulu2.. :)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya lepat ubi kayu. Dah lama tak makan. Selalu jumpa lepas pisang jer.

    ReplyDelete
  11. Dulu ms kecik kecik mak selalu buat. Sejak nenek dah tak ada mak dah jarang buat kuih traditional ni. Akk ni lagi la x tahu buat lgsg.

    ReplyDelete
  12. Kitaorang panggil lepat pisang Mia....ni mmg faveret okje ni...Buat Bingka ubi pun sedap gak ni

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!