Mengidam Nasi Ayam

Assalamualaikum

Ada yang kata tekak orang pompuan yang sedang dalam dilawati oleh 'teman baik' setiap bulan tu lebih kurang sama dengan tekak pompuan mengandung. Betul kan ?? :P

Kalau dah mengidam nak kan sesuatu, lebih kurang sama peelnya dengan yang sedang mengandung...hehe

Kisahnya hari jumaat tu.....on the way balik kerja, driving seorang diri sebab Shumi dah balik awal Babanya yang tolong ambik dari sekolah......tetiba teringin nak makan nasi ayam .....sedang driving tu, boleh2 terbayangkan nasi yang berbau harum, pastu ayam yang distim atau dipanggang, lepas tu cicah dengan sambalnya....emmmm terasa meleleh air liur masa tu.

Sesampai di rumah, terus bagitahu hubby....tapi restoran yang jual nasi ayam rasanya dah tutup sebab dekat jam 8 lebih dah. Terpaksa tahan2 dulu nafsu nak kan nasi ayam tu.
Hubby nak ajak juga keluar cari tapi aku sendiri dah malas keluar setelah menempuh jammed yang panjang on the way balik kerja tadi.

Petang sabtu tu kitaorang pun keluarlah mencari nasi ayam. Dah set2 mana restoran nak pegi. Kitaorang pegi ke Restoran Rafflesia Chicken Hut. Pernah masuk Tv3 dalam rancangan JJCM. Masa tu pengacaranya masih lagi Maria Tunku Sabri. 

Kalau dah pernah masuk JJCM, kira nasi ayamnya yang terbestlah kononnya. So kitaorang order yang stim dan roasted. 

Rupa bentuk nasi ayam di Rafflesia Chicken Hut tu. 


Makan-makan-makan...ntah kenapa aku rasa cam nasi ayam kat restoran ni tak menepati citarasa aku. Aku nak makan nasi ayam yang aku bayangkan masa tengah driving tu. Nasi ayam yang aku idamkan hehe
Aku bagitahu Hubby, nasi ayam tu belum mencapai tahap selera aku. Hubby diam jak. Mungkin dia tengah mengata lah tu, cerewet betul bini aku ni, mengalahkan orang mengandung...:P

Hari ahad tu pula, lepas aku renew lesen memandu aku tu....Hubby bawa ke satu restoran ni. Katanya nak cari nasi ayam yang aku nak tu....hehe
So kitaorang order lagi macam set yang semalam tu, stim dan roasted.



Makan kat Restoran Nasi Ayam Juara pula.


Ok yang ni aku agak puas hati.....nasi wangi, ayam saiz besar, sambal pun sedap. Hubby tanya ok ke?? aku tersengih2 jak. Kira ok lah tu. 
Gara-gara nak cari  nasi ayam yang diidam, kami sefamili makan nasi ayam dua hari berturut2 kihkihkih

Tq lah Hubby sebab layan peel isteri mu ini.....mengidam mengalahkan pompuan mengandung. :P




10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. hmm bukan yang lagi ngidam aja mba mia saya juga ngiler liat gambarnya :p kaya yang enak hehe

    ReplyDelete
  2. untung dpt suami yg memahami isteri... caya lah...

    ReplyDelete
  3. saya selalu kalau 'kawan baik' nak datang memang dah start ngidam macam-macam..hehehe.
    Nasi ayam saya suka yang roasted.Dah baca ni tetibe mengidam gak..haha

    ReplyDelete
  4. Kalau mengidam sebab adik nak jadi kakak pun apa salahnya kan Mia
    Adik pun dah besar tu...

    ReplyDelete
  5. sedapnye..untungla mia dpt suami prihatin gitu :)

    ReplyDelete
  6. Mengidam lain macam ni. Memang sedap jika dah masuk JJCM ni.

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka nasi ayam.. Yummy!

    ReplyDelete
  8. Tekak manusia rasa berbeza Mia, sedap bagi kita tak semestinya sedap pada orang....Dulu masa keje, kalau okje makan nasi ayam sure order ayam lebih...Ayam dia sikit weyh....hihi dasar tamak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post