Skip to main content

Soto Ayam

Assalamualaikum

Hari sabtu hari tu, anak-anak request nak makan soto.....ni gara-gara aku masak sup ayam minggu lalu tapi hari tu kita orang makan dengan nasi saja. Tetiba Shumi bersuara yang sup ayam ni sedap, nanti kita makan dengan meehoon pulak katanya.....bangga tau anak puji makanan yang uminya masak ni sedap. :)

So hari jumaat tu belilah bahan-bahan yang patut.....ayam (aku kalau masak sup suka bahagian dada sebab kurang lemak....tak lah sup tu nanti bergening oleh minyak jak....biar supnya jernih gitu).

So sabtu tu pepagi lagi dah 'berperang' di dapur. Rasanya sup yang paling mudah dimasak. Sebab korang cuma sediakan rempah ratusnya, potong ayam dan didihkan air. Pastu campakkan semuanya kat dalam periuk, kemudian tunggulah hingga ayam empuk dan bersatu dengan rempah ratus. Siap....


Tengah mendidih...ayam sengaja aku tak potong sebab nanti senang nak carik2 untuk makan bersama2 dengan meehoon.



Siap Meehoon soto ayam biasa-biasa saja bah......yang penting cili padi lebih. Walaupun nampak tak menyelerakan, yang penting Shumi makan bertambah. :) 


Resepi.....emmm rasanya semua orang pun tahu masak soto ayam ni. 
Bahan-bahan yang aku guna, ayam, sup bunjut, rempah ratus cam kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Serai dititik, asam keping, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa serta air secukupnya.
Cara masak.....tersangatlah simple...korang campaklah kesemuanya dalam periuk. Yang penting masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas...:)


Comments

  1. Selama ni aku ingt soto tu nasi impit makan dgn sup... Bukan eyh...

    Seyes... Makan apa2 dgn sup... Mesti cili kena lebih... Baru umphhh

    ReplyDelete
  2. soto ayam mmg sedap dimakan kak.tak jemu.
    kalau bertambah ghajin blh buat begedil, suun goreng, kacang goreng, nasi impit.. tetiba pulak teringin nii. hihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya mihun soto ayam, kak Mia! Balik rumah nanti nak request soto ayam kat mak. :)

    Arol pun sama macam kak Lia, ingatkan soto tue makan dengan nasi impit jek. Tapi lain orang lain nama panggilannya. :D

    ReplyDelete
  4. bagus.. sup gini orang pas beranak pun elok makan. hmmmm ada idea ni. thanks darling.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...meleleh lak airliur...hahahaa

    ReplyDelete
  6. ohhh buh asam keping yeh Mia....harus di cuba in ni hehe....
    Tetiba teringin nak makan sup pulak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a