Assalamualaikum
Kawan aku selalu mengadu kat aku...
Mak dan bapa mertua dia selalu campur dalam hal rumah tangga dia
Kadang-kadang tu, dia pendamkan dalam hati jak demi menjaga hati si suami.
Kawan-kawan dialah ni yang jadi tempat dia mengadu, melepaskan segala tekanan yang ada....hmmmm
Dia sejak kahwin tinggal dengan ibu bapa mertuanya.
Mula-mula tu memanglah aman bahagia, tetapi sejak dah beranak pinak,
ada saja yang tak kena. Kami ada juga nasihatkan dia, supaya pindah dan duduk di rumah sendiri bersama suami dan anak sahaja. Tapi katanya bukan dia tak mahu tetapi suami yang berkeras nak tinggal bersama ibu bapanya.
Kalau dah macam tu, kami pun tak boleh nak kata apa dah...huhu
Korang macam mana ??? duduk sendiri atau dengan keluarga mertua ?
Aku lepas kahwin jak duduk sendiri. Nak berdikari katanya.
Aku dan hubby sanggup sewa sebuah rumah, kongsi dengan rakan2 yang sama2 belajar dahulu di UMS.
Memang mak bapa mertua tinggal di KK, yakni rumah hubbylah
tapi aku dan hubby lebih suka hidup berdikari.
Bukannya aku nak kata tinggal dengan ibu bapa mertua selepas berkahwin tu tak bagus.
Ada juga tinggal bersama-sama dengan mertua tapi dapat hidup aman dan bahagia.
Terpulang pada pembawaan masing-masing kan. Ibu bapa dapat menerima menantunya dan menantu
dapat menerima ibu bapa mertua seadanya.
Tapi aku dan hubby memang tak boleh.
Kami sudah terbiasa hidup berdikari. Tinggal sendiri. Tak mahu menyusahkan sesiapa pun.
Memang hujung-hujung minggu kami akan menjenguk mak bapa hubby yang duduk kat KK ni juga,
dan bila ada cuti panjang, kami akan balik ke kampung pula jenguk mak bapa aku. Dan begitulah seterusnya
hinggalah aku dah ada anak 3 ni.
Aku susah sikit nak tinggal sama2 dengan mentua ni, terasa diri diperhatikan sepanjang masa (padahal tiada apa pun). Nak buat sesuatu dalam rumah sendiri pun rasa lain. Masak pun kena masak dengan sehabis baik. Nak bincang2 sikit dengan hubby pun terasa janggal, apalagi nak bergurau senda ahaks! :P
Anak-anak pun bila ada atuk nenek, manja gilak sebab ada orang back up dorang bila Uminya ni marah. huhu
Tapi secara kesimpulannya, baik tinggal dengan mak pak mertua atau tinggal sendiri, masing2 ada pro kontranya gitu. Terpulang pada individu masing2 kan. (^_~)
Ok TaTa!
Note : Hari ni Sabah cuti. :)

better tinggal sendiri...sewa rumah lain....saya dan husband menyewa jugak pada tahun pertama dan kedua tp masuk tahun ke-3 kami beli rumah...
ReplyDeleteRasa privacy sikit kan....bukan bermakna kita tak suka...:)
DeleteSamalah TK, aku pun 2 3 tahun menyewa lepas tu beli rumah sendiri...
sy tinggal sekejap dgn mertua..dpt anak pertama terus cr rumah..x smpi 5 bulan dok ngan mertua..x blh tinggal mertua sbb tak best bergurau senda manja-manja ngan hubby..mertua memerhati..hehe..lgpun ipar duai dok bertandang sekali..prinsipnya senang kak Mia..x boleh ada 2 kelamin dalam satu rumah..suasana aman harmoni akan bertukar lain..
ReplyDeleteBetul Lynda...tidak boleh ada 2 pasangan kelamin dalam rumah tu......lambat laun ada yang akan jadi tak kena nanti.....
Deletemak mertua dah meninggal sblm kita kawin lg. teringin tau nak ada mak mertua. terutama bila dgn laki n adik beradik dia duk bercerta betapa baiknya mak mereka. skrg tinggal dgn mak kita. mak duk sorg kan. mak dgn laki kita depan baik sesangat..mcm lebih dr anak sendiri. belakng2..mak kita selalu gak komplen pasal laki kita..haha..
ReplyDeleteBetul tu PB....mak aku pun dengan laki aku, bukan main dia layan cam anak sendiri tapi kadang2 tu komplen juga dengan aku...hehe
Deletebetter duduk rumah sendiri la. nasib baik suami jenis suka berdikari almaklum la anak sulung. hihi.
ReplyDeleteBetul.......lebih baik belajar berdikari sendiri, tak terlalu depand dengan orang tua kan :)
Deleteaku mmg BIG NO-NO kalau tinggal dgn mertua mahupon makpak sendiri... x de privacy nak manja/ gadoh/ bincang mahupon belajar masak... bak kata org, dekat selalu bau masam, bler jauh ada jugak bau harum nyer...
ReplyDeletekannnn....kita nak anje2 dengan laki sendiri pun susah....tak kan setiap kali nak bermanja nak masuk bilik.....kihkihkih
Deletesebenarnya kalau ikut islam pun elok tinggal asing ataupun menantu tuh ade bhg sendiri kalau rumah bercantum yg boleh dia dpt privacy..mana blhade 2 queen dlm1 rumah kan..
ReplyDeleteBetul Ummu...kalau dah ada 2 queen dalam rumah, kesian yang king pening kepala :)
Deletedah pernah merasa pahit jerih bila tinggal dgn mertua (semasa dgn ex-husb)..berpisah pun kerana campur tangan mereka. mmg senang bila org ckp ok ape dok ngan mertua..tapi org xtau bila kita makan hati berulam jantung setiap hari..makan x kenyang, mandi x basah, tido x lena..nak2 bila kita tak bekerja, dok rumah hadap diorg 24 jam..bukan benci, tapi bila segala2nya diorg nak control, kita rasa sgt rimas..luar dlm rumahtangga kita diorg nak amik tau..mmg xde privacy langsung..sape tak sedih kan..saya amat memahami nasib kawan awak tu..sbb saya dah pernah berada dlm situasinya suatu masa dulu..hanya Allah tempat saya mengadu..ingatkan mereka boleh berubah, rupa2nya lagi teruk..
ReplyDeleteFaham dengan situasi Sue tu sebab kakak Mia sekarang pun masih tinggal dengan keluarga mertua.....memang banyak cabarannya dan kakak selalu juga mengadu dengan kami....
Deletebuat mase ni terpaksa tinggal dgn ibu sendiri dulu..mmg rase tak privacy tapi itu je cara yg kami ade..sebab ibu ku adalah ibu tunggal..
ReplyDeleteOooo .... rasanya kalau dalam situasi idzwa tu memang kenalah tinggal sama2 kan...kesian mak tinggal sorang2
Deletehidup bekerluarga perlu ada privacy....mcm dulu saya duk menyewa dgn husband dan adik2 ipar semuanya lelaki..kurang selesa jadi saya minta husband sewa umah lain....
ReplyDeletedlm rumahtangga mesti ada pasang surut..mesti ada duka dan ceria..mesti ada gaduh manja2 jd ini jgk mengelakkan dr org luar tahu masalah suami isteri....
masalah suami isteri perlu ditangani bersama tanpa masuk campur pihak ketiga iaitu ibubapa...
Betul kena ada privacy.......Campur tangan pihak ketiga dalam hal rumah tangga suami isteri rasanya akan memburukkan lagi keadaan, tapi ada juga dalam masa2 tertentu bila masalah tak dapat diselesaikan, nasihat daripada orang yang lebih tua yakni mak bapa adalah amat diperlukan....:)
DeleteKalau saya diberi pilihan pun, mmg tak nak duduk dgn mertua… Bukan tak suka dgn mertua, tapi nakkan berdikari dan privasi..
ReplyDeletePernah duduk sekejap dengan mertua, mmg mereka sgt2 ok… cuma tu la, kurang privasi :)
Betul tu Nur......tak tinggal dengan dorang bukan bererti kita tak suka tapi privasi hidup berumah tangga tu kena ada untuk keharmonian bersama :)
Deletedya pun tinggal dgn mak mentua.dah nak masuk tahun ke dua.hihi.Siapa cakap tggl dgn mak mentua xde rasa kecil hati.Of course de lah kan.Tapi dya lebih berdiam diri dari cerita panjang lebar.Ada jugak nak cari rumah tapi selalu husben say "tak payah lah,sbb dia anak bongsu."satu2 anak lelaki.payah lah nak berpindah.lagipun umh mak mentua xde orang.hanya kami saja yg tinggal.
ReplyDeleteApa pun keadaan kena lah pandai balance kan masa,rumah dan anak2.Insyallah dipermudahkan.
Setakat ni dya lum pena bertenggang urat dengan mak mentua mahupun bapa mentua.Diorang sayang dya dan anak kami.Cume mak sendiri dengan mak mentua tak sama.Berbeza sgt kann??
Memang ada masanya kita kecik hati tapi terpaksa pendamkan saja sebab nak jaga hati suami kan.......
DeleteKalau dah berada dalam situasi Dya tu, kena lah berkorban......memang privasi kurang tapi in sha Allah kalau kena dengan pembawaan, rumah tangga tetap aman bahagia walaupun tinggal sebumbung dengan mak bapa mertua :)
pindah duduk dekat2 pun xpe...jgn duduk satu rumah kot.. nanti kalo kecik2 ati susah...
ReplyDeleteBetul3.....biar jadi jiran sebelah, jangan duduk serumah.....susah nak jaga hati semua orang ni dalam satu masa :)
Deleteassalamualaikum mia...yer la terpulang pada diri kita sendiri samada boleh atau x...kalau boleh x salahnya tinggal serumah tapi kalau x boleh tu eloklah cari rumah sendiri...:)
ReplyDeleteBetul tu Mama.....terpulang pada individu tu sendiri :) kalau rasa2 tak boleh baik duduk sendiri....
DeleteRasanya baik duduk sendiri tapi kalau dah tak ada pilihan nak buat macam mana kan..
ReplyDeleteKalau dia duduk ikut kita tak sama kita duduk ikut dia...
Betul juga tu kak......mertua ikut duduk dengan kita dan kita ikut duduk dengan mertua lain situasi dan suasananya..... :)
Deletekalau sy..ermm..xnk kot..tau diri sindiri kuat sentap..hahaha..no no
ReplyDeleteKlu kuat sentap baik duduk rumah sendiri hihihi :)
DeleteMana adalah menantu nak tinggal dengan mertua kecuali terpaksa Mia.... Sehari dua boleh lagilah kot....kalau selamanya OKje pun tak suka sebenarnya ...tak selesakan...
ReplyDeletekalau selesa takkan pulak ada entri burung nak terbang bebas pulak hehe
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!