Assalamualaikum
Semalam kan aku cuti, hari ni pun cuti juga....puas ni bercuti 4 hari. hehe :p Aktiviti semalam adalah mengemas dan masak. Masak apa ? simple jak....ni pun gara-gara laki bini mengidam...:D
Sambal ikan masin. Korang abaikanlah potongan ikan tu ye....main hentam jak, bukannya nak buat perhiasan pun, masuk dalam mulut juga. hehe Teringin sangat nak makan sambal ikan masin yang mak selalu buat. Mak jauh di kampung so terpaksalah berdikari masak sendiri. Kalau ikutkan mak masak lebih sedap tapi yang ni ok lah juga, sekadar melepas hajat nak makan. Bahan2 untuk sambal ikan masin aku senang jak, ikan masin, bawang merah, bawang putih, cili hijau, cili padi, minyak masak, asam keping, gula dan serbuk perasa.
Bihun goreng kosong untuk hubby yang mengidam dari kemarin malam.
Sebakul keropok ubi kayu. Ni beli yang segera tu jak. Tinggal goreng jak. Hubby teringin makan katanya sambil2 tengok tv. :D
Nasib baik hubby tak mengidam yang bukan-bukan....abis aku nak memasaknya. Hubby aku ni tekaknya aku kenal sangat. Dari zaman kita orang bercintan cintun, dia suka makan yang simple2 jak. Tak mo yang heavy sangat, sekali sekala tu bolehlah katanya. Tu yang kalau masak tak payah nak cari bahan sangat, masak apa yang ada jak kat dapur tu. Telur dadar tu memang feveret dia dari dulu. Cuma sekarang ni dia kurangkan sikit pengambilan telur, kolesterol tinggi gitu....
sama la ngn suami CN, suka makan yang simple2 jer, bila CN masak canggih2 mcm rendang tu, bukannya dia suka sangat ;)
ReplyDeleteuntung lah kak mia..kalau somi cik ne memilih sangat.tu lah kurus..hihihi
ReplyDeletewei sedap la ikan masin goreng macam tu, makan ngan nasi panas2 boleh habis seperiuk ni, aduhhh i pulak duk terbayang2 skang ni. buat makan masa pantang nnt la boleh? tapi mana mau cari ikan masinnya hahaha.
ReplyDeleteKalau renung lama2 gambar ikan masin tu tup2 sampai sepinggan kat kita kan best.alahai!terliur pulak oiii.Hihihi!
ReplyDeletemengidam lagi ke Mia? hik..hik..
ReplyDeleteanak2 dah besar tu..
Ikan masin kalo buat smbl sedao...sy kalo ikan masin sepat buat sambal cili padi memang sedap
ReplyDeleteLazat je tgk ikan masin tuuu
ReplyDeletehmmm
hmmmm....mcm nak nak mkn balik keje karang...
follower #406
Hish...teringin pulak nak goreng meehoon esok hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!