Ulser ooo Ulser

Assalamualaikum

Salam isnin korang..
Mesti happy sebab hujung minggu tu ada yang balik kampung, ada yang jalan2 tepi pantai, ada yang shopping2 dengan family.....best kan.
Aku...emmmmm menepek kat rumah jak sebab tak berapa nak sihat.
Cuaca yang agak tak menentu kat KK ni, sekejap panas, sekejap hujan, dah bagi kesan kat kesihatan aku....gitu.

Balik keja jumaat hari tu dah lembik, tekak perit, kepala berdenyut2.
Esoknya lagilah lembik. Demam plus ulser mulut pulak menyerang.
Sakit berdenyut2 sampai nak bercakap pun tak centre dah.

Nasib baik hari ni dah ok sikit...kalau tak, tak tahu macam mana nak bercakap dengan customer nanti...huhu
Ubat ?? aku tak ke klinik....ni memang tabiat buruk aku, malas nak ke klinik, korang jangan ikut ye.
Aku minum banyak air jak. Lepas tu dalam 2 hari tu, aku extrakan masa tidur....means rehat banyak2 lah tu. Nasib baik Damia tak banyak perangai hujung minggu tu...Shumi dan Shamzi pun lega lah tu tak dengar Uminya membebel sebab sakit mulut huhu...

Ok lah nak sambung keja dulu.....kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Ulser Mulut ni, boleh baca kat Link ni. TaTa !!



Sumber : www.mda.org.my



Note : Aku dah berapa kali kena ulser ni tapi tidak pernah sekali pun try letak garam walaupun garam salah satu cara untuk menyembuhkannya.......tak sanggup weeeiiiiii. Sakitnya tu luka ditabur garam....huhuhu




14 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Siannya. Memang stress klo kena ulcer. Klo budak kena ulcer, paed suggest makan eskem vanilla. Cer try. Tak pon ko letak hirisan epal hijau kat ulcer tu. GWS babe,

    ReplyDelete
  2. tak mo letak garam..sakit lah..bagus lagi kalo kumur guna listerine..

    ReplyDelete
  3. ulser - ubt nyer minum air kosong byk2 & makan eskem vanila... InsyaAllah cpt sembuh...

    ReplyDelete
  4. get well soon Mia, pergi pharmacy beli Oral Aid... In Shaa Allah cure...

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum dear.. guna garam paling cepat ilang ulser tuu. first tuu mmg sakit laa, tp sakit sekali jaa then ilang..dari tahan sakit bhari2.. xsanggup zara.. huhu..

    ReplyDelete
  6. cik nor ltak bonjela..pedih yang amat..huhu

    ReplyDelete
  7. kalau ulser akk pernah guna serbuk biji buah tembikai. beli kat farmasi. cepat baik.

    ReplyDelete
  8. mak selalu kena ulser.. kadang2 3,4 biji sekali. ubat pun x jd..kalu makan ubat, mulut jd pecah2 plk.

    ReplyDelete
  9. Kalau ada dealer Amway cuba mia beli Glister.
    Spray pada ulser itu boleh cepat sembuh. Biasa 3X spray macam itulah
    Kesian kalau ulser ni makan pun tak selera..

    ReplyDelete
  10. semoga cepat hilang ulser nya kak mia....kumur2 jak pakai air suam kak kalau takut mau pakai garam tu...hiihih

    ReplyDelete
  11. Syukur lama dah tak kena ulser ni...handal ek awak Mia...sakit sakit tak gi klinik hehe...psst... tp okje pun sama, takut!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post