Skip to main content

Songkok o Songkok

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin semua.
No monday blues ok, walaupun pagi ni memang blueeess sikit sebab hujan dari subuh lagi.
Agak sejuk dan mata pun semacam ja beratnya..huhu

Aku tiap pagi memang hantar anak ke sekolah dulu. Hubby mesti bertolak awal sebab sekolahnya agak jauh dari rumah. Takut terlewat pulak. Petang baru giliran hubby ambik anak-anak dari sekolah.
Nak cite sikit pasal anak bujang aku sorang tu, si Shumi. Alkisahnya, songkoknya tertinggal dalam keta babanya dan hubby pulak awal lagi dah bertolak pegi keja.
Aku termarah juga dia tadi sebab dah pesan banyak kali, setiap hari sebelum tidur kena ingat semua barang yang hendak di bawah ke sekolah. Songkok memang dia selalu simpan atas meja belajarnya...ni kali pulak dia terlupa.

Mukanya dah monyok sebab takut kena marah ustazah nanti masa di sekolah. Kesian juga tengo dia duduk2 di sudut sebab berfikir apa alasan nak dia bagi nanti masa kat sekolah agama.
Last2 pujuk dia, nanti Umi yang akan bagitahu kat ustazahnya sendiri, yang dia tak sengaja tertinggal songkok. Baru lah dia mo bergerak keluar rumah.
On the way pegi sekolah, Shumi diam jak. Kesian juga aku tengo. Memang dia pernah bagitahu aku, ustazah yang mengajar dia tu memang sangat garang. tu agaknya dia takut sangat.
Tapi pernah juga aku tanya dia, mana yang lebih garang ustazah tu ke atau Umi.....Umi lah yang lagi garang.......hehe
Garang-garang pun tapi sayang nak oiii.....

Comments

  1. dgn anak mmg kena garang sikit kan
    nanti depa tak dgr cakap kita pulak..

    ReplyDelete
  2. anak² nak membesar x sengaja... tertinggal songkok.. mujurlah umi pandai pujuk.. klu x mau xmoo pg sekolah... hari isnin pulak tu .. mesti kelangkabut... x sengaja..

    ReplyDelete
  3. Umi garang, ada sebab... tp lia mmg lagi seriau kalau mak sendiri yg menyinga dari cikgu ;)

    ReplyDelete
  4. bkn sengaja..xper..lain kali beli lagi satu..ehe

    ReplyDelete
  5. kalau kita terangkan, mesti cikgu ok punya..insyaAllah

    ReplyDelete
  6. tak pa lah...sebagai peringatan jae..lepas ne mesti tak tinggal lagi...

    ReplyDelete
  7. ndak sengaja bah tu kan.. lain kali mesti ingat sdh tu...
    garang juga ustazah nya tu tapi ndak sama dgn garang kita sbg IBu...hehe

    ReplyDelete
  8. garang2 mak ni anak tetap akan cari mak.. tapi garang2 cikgu ni memang kadang2 budak pun takut nak berdepan dengan dia

    ReplyDelete
  9. Siannya Shumi. Takut ustazah marah yer.

    ReplyDelete
  10. dedikasi jugak si SHumi ni, yer la tambah pulak ustazah pun garang. Heheh still tak leh lawan ibunya la.

    ReplyDelete
  11. Kesian shumi… anak2 saya pun sama… yang selalu hilang baju jumper mereka….
    Hihihi, ummmi lagi garang yer Shumi?…. ummi garang sbb sayang Shumi tau :)

    ReplyDelete
  12. haha...sure garang sungguh ni Umminya...budak budak kan tak pandai nak menipu....
    Tapi Okje pun garang Mia hehe...

    ReplyDelete
  13. nasib dia tak cakap kak rose le yang paling garang..citer upin ipin tu..budak2 camtu le kak..seboleh2nya nak complete..takot cikgu..

    ReplyDelete
  14. songkok tu tak blh simpan dlm beg sekolah nanti rosak jadi tertinggal di dlm kereta babah dia pula

    ReplyDelete
  15. Perlu ada keseimbangan dalam mendidik anak. Isteri saya juga garang (anak2 kata macam singa!), tapi saya lembut dalam mendidik 6 anak kami. Selalu juga garang itu perlu, tapi kadang2 sepanas-panas api hanya air sejuk dapat memadamkannya....

    ReplyDelete
  16. salam singgah. garang2 manja. penting tu ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang