Restoran Masakan Sedap kali ke 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari sabtu tu, kita orang pegi makan malam ke Restoran Masakan Sedap tu lagi. Baca entri di sini kalau yang belum tahu kisah restoran ni :D

Tapi kali ni hubby ajak sekali mama bapanya makan bersama. Aku ok je. So dalam jam 7 lebih tu kami ke sana. Nampak restoran dari jauh memang agak ramai, rata2 semua meja dah penuh. Tapi nasib baik juga kami malam tu dapat jugalah tempat duduk.

So kami pun mengorderlah makanan. Mula2 tu aku dan hubby suruh mama dan bapa yang pilih sebab takut menu yang kami pilih tak memenuhi selera dorang. Tapi dorang kata ok jak, biar kami yang pilih cuma kata mama, dia tak boleh makan belacan sebab allergik sikit.



So pilih punya pilih, ni lah yang menjadi hidangan makan malam kami sabtu tu. Sayur Kang Kung masak bawang putih, udang stim, tauhu special dan Talapia Manggo Chilli.



Yang menjadi menu feveret malam tu adalah udang stim. Udang segar yang hanya di stim tanpa ada apa2 perisa. Makan cicah dengan sambal kicap cili tu.....perggghhh nyaman. hehe. Kami ambik yang saiz medium malam tu. Saiz medium dalam anggaran setengah kilo, harga RM38.00. 



Aku punya PIL sedang sabar menunggu hidangan :D.....Haji Amit dan Hajah Saimah. Kedua2nya dah pencen pun. Semoga mereka sihat2 selalu hendaknya.


Semua yang kami order malam tu licin, selamat masuk ke dalam perut. :P Alhamdulillah, kenyang. Mama dan bapa pun katanya sebelum ni tak pernah menambah nasi semasa makan, tetapi kali ni agak sedap, tu yang terbuka selera kata mereka. Lain kali memang akan datang makan ke sini lagi. 



Note : Entri Auto Publish


12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. wohoo...same lah pebret kite...udang stim...

    ReplyDelete
  2. Sia tgk pun tau sadap tu moy... hihihi

    ReplyDelete
  3. nampak sedap . tapi fiza tak makan udang :(

    ReplyDelete
  4. Perrghhhh....udang stim tu mmg terbaik la...terbayang fresh nya

    ReplyDelete
  5. wahh...sedap2 lah nampak menu tu Mia...:)

    ReplyDelete
  6. Talapia manggo cili tu macam manalah agaknya dia buat tu Mia.
    Kakak teringin pulak nak mencuba resepinya..

    Sejuk memandang wajah PIL Mia tu..

    ReplyDelete
  7. a'ahkan macam mana ye rasa talapia manggo cili tu,teringin juga nak merasa kesedapannya kan kak zakie!:)
    udang stim pon memikat selerah akak juga mia oii..:)

    ReplyDelete
  8. PIL tu duk dekat dgn rumah ke MIa....
    Mereka berselera sebab makan dengan menantu kesayangan tu hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post