Mr Mama

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hubby selalu cakap kat aku, dia memang tabik dengan orang pompuan.

Katanya pompuan dapat buat pelbagai keja dalam satu masa. 
Dia kata pompuan sambil dukung anak boleh cuci kain guna washing machine lah hehe, kemas rumah, masak. 
Pastu tu di antara waktu masak dan cuci kain tu boleh pulak mandikan dan pakaikan baju anak.
Tu hubby aku yang kata....mungkin sebab dia tengok cara aku buat keja kat rumah

Kadang2 hubby keluar ada urusan tinggal aku dan 3 orang budak kecik di rumah. Hubby agak risau juga kalau keluar camna aku nak handle 3 orang anak sambil uruskan rumah.

Tapi bagi pompuan tu jadi perkara biasa kan. bukan nak cakap besar tapi sifat azali pompuan dalam mengurus anak dan rumah
Pagi hubby keluar, tengahari balik, anak2 dah siap mandi, dah sarapan, siap ada makan tengahari lagi tersedia ... gitu :D

Opppsss jangan meluat dulu dengan entri ini. 

Ni bukan entri masuk bakul angkat sendiri. tu baru pembuka entri.
Lelaki pun kalau diasah bakatnya bakat mengurus rumah tangga, kadang kala boleh mengalahkan keja kaum pompuan. 
Pompuan kalau kemas rumah mungkin ada sedikit bahagian yang tertinggal tapi kalau lelaki yang dah jadi mr.Mama, berkilat segala kerusi dan meja.

Napa tetiba cite pasal ni ? ok sebenarnya ada sedikit berkait dengan aku.

Cuti sekolah lalu, yang sebulan tu, nursery Damia tutup sebab dorang nak renovate something katanya.
Aku dah risau, sapa yang nak jaga Damia, kalau Shumi dan Shamzi tu, hubby boleh jagakan sebab budak berdua tu agak berdikari sedikit.
Berdikari maksudnya boleh mandi sendiri, berpakaian sendiri. Dah boleh terima arahan.
Damia pula baru masuk 2 tahun, semuanya masih sepenuhnya dijaga.
Aku pula tak pernah tinggalkan Damia dengan babanya untuk dijaga. Takkanlah pulak aku nak ambik sebulan cuti...huhu 
Nak hantar Damia kat kampung tinggal dengan opahnya, aku pulak yang merindu nanti. 

Pikir punya pikir.....akhirnya ambik keputusan, hubby yang akan jaga budak kecik 3 orang tu semasa aku pegi keja. Hubby cuti sebulan sebab dia cikgu sekolah kan :D

Memang agak keraguan juga, dapatkah hubby handle 3 orang anak yang berbeza peelnya tu. Tapi aku percaya hubby, walaupun sebelum ni dia tak pernah jaga dorang bersendirian.
Lagipun hari siang jak aku takde di rumah kan.
Aku dah pesan awal2 kat hubby, Damia mandikan jam berapa, sukatan susu Damia, pakaian Damia ambik kat mana, pampers kat mana......maklumlah sebelum ni memang aku yang buat tu semua.

Minggu pertama, hubby jaga dorang Shumi, Shamzi dan Damia......ok.

Minggu kedua pun ok dan minggu seterusnya hinggalah tamat cuti sekolah :D
Aku balik rumah semuanya ok jak.......memang ada jugalah yang bersepah sikit tapi aku boleh bagi full mark kat hubby sebab dah boleh jadi mr Mama.....hehe

Sebab tu lah aku kata awal2 tadi, lelaki ni sebenarnya kalau tak diasah bakatnya kita tak tahu kan.....hehehe :p





Image from Google


Note : Seminggu ni hubby nak jadi mr.Mama lagi sebab aku nak pegi out station. Hopefully anak2 tak buat perangai, sian hubby sorang2 urus. 

13 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kan...lelaki ni biler kiter takde sgt bagus mereka ni :)

    ReplyDelete
  2. Betul tuh mia..lelaki memang tak pandai multi tasking macam pompuan..kalau buat 1 kerja..1 kerjalah at the same time..takder sambil2...tetapi kalau dorang buat kerja mengemas ..hmmm mmg mcm kita tak pernah cuci tgk gaya mrk...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Syabas dulu buat en Dzul.
    Betullah Mia kalau hendak seribu daya kalau tak nak seribu dalih. Bila dah terpaksa daripada berjauhan dgn anak baik dia jaga. Kena pulak hari cuti sekolah. Setel masalah..

    ReplyDelete
  4. salute betul sama husband yg buli jd Mr. Mama!! All the best to ur hubby. Misti buli punya tu... hihihiih

    ReplyDelete
  5. Hubby awak tak mengajar ke Mia? Alah mereka ni boleh aje jaga anak kalau nak.....lainlah kalau tak mau...mmg tak boleh le jawabnya hehe...
    Pokok pangkal diri sendiri!

    ReplyDelete
  6. Hahahahaaha...sbnrnya mmg boleh.Sbb naluri ibubapa tu kan..tgk mcm x caya,dh buat..mmg bagus..gud job.

    ReplyDelete
  7. hahhaaa...betul tu kalau tak di asah bakat nya kite takkan tahu kan..

    ReplyDelete
  8. Baba pae kalau jaga Pae lagi ok dr aku Mia..haha.. ndak pandai dia meragam klu baba nya jaga.. makan semua Ok. klu aku yg jaga ada jak ndak kena tu..hihi
    mmg lelaki kena di biasakn jg jaga hal2 rumahtangga ni..

    ReplyDelete
  9. kalau my hubby jga our son pun blh lah harap juga..ya perlu diasah baitu hehe

    ReplyDelete
  10. tak semua lelaki boleh jadi Mr Mama tau :)

    ReplyDelete
  11. betul tu moy....sape kata org laki nda buli jd mr mama kan...blm cuba blm tau kali kan...hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post