Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Actually ni perjalanan yang tak dirancang orang bilang......pagi sabtu tu sedang santai2 di rumah tetiba hubby bawa jalan-jalan ke Sipitang. Aku memula tu memang terkejut dengan cadangan hubby tu sebab Sipitang bukannya dekat tetapi ambik masa lebih kurang 2 jam lebih untuk ke sana.
Tetapi memandangkan hubby dah beria2 mengajak dan katanya aku duduk diam2 jak hayati pemandangan sepanjang perjalanan, dia yang memandu.....aku ikutkan jak lah rancangan hubby tu hehe..
Yang belum tahu Sipitang tu lokasinya di mana, jauhnya lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari Kota Kinabalu. Melintasi daerah-daerah kecil seperti Putatan-Kinarut-Papar-Bongawan-Kimanis-Membakut-Beaufort dan akhirnya Sipitang. sila rujuk peta Sabah untuk mengetahui kedudukan tempat-tempat tersebut...(^_^)
Apa yang menarik di Sipitang??? setiap tempat kat Sabah ni memang ada keistimewaannya. Kat Sipitang, ianya terkenal dengan satenya. Memang sedap, lebih-lebih lagi bila dapat makan bersama keluarga sambil melihat keindahan laut di Esplanade Sipitang.
Selain sate, kawasan Sipitang juga terkenal dengan durian kampungnya. Sempat juga kami singgah kat gerai buah-buahan di tepi jalan untuk membeli dan merasa durian kampungnya. Walaupun isinya kecik2 comel tetapi rasanya memang terbaeekkkk.....manis dan sedap!
Memang banyak gerai-gerai sate kat Esplanade Sipitang ni, tinggal nak pilih mana satu untuk dicuba. Sebenarnya kata orang sini, gerai sate yang paling pemes dan sedap hujung sana tu, tapi hari tu gerai dorang dah penuh so pilih je lah gerai yang lain untuk makan sate.
Shumi sedang setia menunggu mee gorengnya. Shamzi kat sebelah tu dari start duduk sampai saat gambar ni disnap asyyiikkkk menyanyi jak kejanya. Aku ada juga tegur suruh duduk2 diam takut menganggu orang kat sebelah. Tak mo juga dia. Last2 layan kan je lah. Tu tengah buka mulut tu sedang menyanyi lagu Negara ku......ish ish ish
Sate ayam dan daging. Rasanya ok jugalah. Harga 60 sen secucuk. Ni sate kat gerai yang kami makan tu. Tapi sebelum balik ke KK kami sempat juga menapau sate dari gerai pemes yang kat hujung tu. Dan rasanya memang terbaekkk !!
Aku makan sate dengan nasi ayam penyet ni. Tapi rasanya emmmmm bolehlah. Tak sehebat nasi ayam penyet yang selalu kami makan di KK.
Shumi sedang menggigit sate......abaikan gambar Shamzi yang bergegar tu, tak reti duduk diam budak sorang ni...huhu
Yang ni Queen of the sate.....tak sangka budak kecik ni kuat makan sate. Siap cicah dengan sambal kacangnya lagi. Tu tangan terlentik tu tanda sedang menikmati keenakkan sate.
Kami bergerak dari Sipitang lebih kurang jam 6 lebih. Tak stay sebab tujuan ke sana cuma hendak merasa sate dan duriannya. Sampai kat rumah lebih kurang jam 9.00 malam. Sebenarnya boleh sampai awal dalam jam 8 tapi kami ada singgah membeli buah-buahan dan keadaan hujan lebat yang menghadkan perjalanan balik kami. Tapi, walaupun jarak masa kami hanya sepetang di Sipitang, ianya merupakan perjalanan yang menggembirakan lebih2 lagi disamping keluarga yang tercinta........gitu :D
wah...lagi satu tempat nak kene pegi nie..
ReplyDeletemenarik nih
ReplyDeleteSyoknyAaa jjcm d sabah.
ReplyDeletejemput mkn :)
ReplyDeletesmlm baru aku berhajat nak mkn sate, ari ni dah ada n3 pasal sate. ini mcm blk kang kena cari sate betul2 la... hehehe
ReplyDeleteSepetang pon jadilah. Janji anak2 happy.
ReplyDeleteKalau sy memang suka mia dpt jln2 pegi tgk tempat yg belum sampai lagi..tak sangka sipitang meriah jugak kangngan esplanade lg..
ReplyDeleteBiarlah anak-anak nak bergembira Mia. Menyanyi tu tanda dia happy sangat. Org pun suka tengok budak macam ini tau (kalau kakaklah) sebab nampak cerdik...
ReplyDeletepernah dengar nama tempat ni masa pegi honeymoon ke kk dulu, mcm best jer sate tu.. ;)
ReplyDeleteRajin jugak yeh Mia hubby awak....sanggup berjalan jauh hanya kerana kepingin nak makan sate....
ReplyDeleteTerbaik lah sate Sipitang tu Mia..mmg Damia pun suka makan sate kan.. kira jauh lah juga klu dlm 2jam tu.. boleh tahan..hehe..
ReplyDeleteapa pun janji anak2 happy bah bila bawa dorang jln2 ni...:)
berselera betul ni !
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!