Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Hari tu ke Kundasang kami sempat juga pegi ke SPA Ikan di Tagal, Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Salah satu tempat tumpuan pelancong jika ke berkunjung ke Kundasang dan Ranau.
Lokasinya cuma bersebelahan dengan Ladang Sabah Tea di Ranau tu. Harga tiket masuk pulak, dewasa RM 10.00, kanak2 6 tahun ke atas RM 5.00, dan jika membawa kamera masuk pulak dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00. Makanan ikan juga boleh dibeli dikaunter. RM 2.00 untuk 3 bungkus.
Tagal bermaksud dimana kawasan sungai tersebut dipelihara dari segi kebersihan, hidupan airnya dan manakala aktiviti memancing, menjala atau menangkap ikan di kawasan tersebut adalah dilarang sama sekali. Sebab tu lah ikannya banyak, jinak dan 'sihat2' semuanya.
Antara gambar-gambar yang sempat disnap hari tu
Nampak ikan2 tu semua sedang mengerumuni kaki hubby. Yang besar ni tak menggigit, setakat menggesel2 jak kat kaki cam kucing tu. Tapi yang kecik2 tu suka sangat gigit kaki. Kata pekerja kat Tagal ni, ikan tu sedang makan kulit2 mati.
Para pengunjung yang sedang memberi ikan makan. Aku bagi makan main tabur2 jak kat dalam air. Tak mo aku buat camtu, gelik rasanya mulut ikan gerak2 kat tapak tangan
Budak 2 orang ni tengok ikan dari tepi sungai jak. Tak berani dorang turun air. Budak bandar, tak pernah ke sungai dan nampak ikan besar2 secara semulajadi camtu. Tu yang dorang rasa gerun sikit.
Aku sedang bagi ikan makan sambil diperhatikan si Damia yang teruja tengok ikan tu semua.
Ni bukan kes membuli anak ye....Damia yang sebenarnya eksaited nak turun ke sungai tapi bila aku turunkan kakinya, takut pulak nak naik balik.
Last-last Damia buat gaya camtu tanda dah tak sanggup diperlakukan sebegitu....hihihi
Teringin juga mo cuba SPA ni Mia.. sebab ramai juga kawan2 yg bercerita ttg nya...amboi Damia tu bah.. comel jak buat gaya...haha
ReplyDeleteBestnya.
ReplyDeletecomfirm best
ReplyDeleteeeee rindunya sini..haha dh p best!!
ReplyDeleteWah kemain jinak lagi ikannya mia..kalau pengunjung dtg beli makanan ikan jimatlah tuan punya ikan tuh kan..heheh..
ReplyDeleteyg ikan tuh tak dijual ker mia..mesti sedap kan yg besar2 tuh buat bakar..
wah..best tu spa ikan..:)
ReplyDeletegeli pulak tengok ikan2 yg banyak tu...
ReplyDeleteberani betul mia mencuba spa ikan ni, saya geliiii....heeeee...tapi best ek?
ReplyDeleteMesti bestkan akak. rasa geli-geli kat kaki.
ReplyDeleteJangankan Damia okje pun mcm seram gak tu kalau tengok ikan banyak gitu.....hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!