Skip to main content

Puan kecik ke Saloon

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!



Tengoklah gaya Puan Kecik ke saloon hari tu....siap guna henpon lagi masa rambut kena gunting. Nasib baik Damia tak banyak perangai hari tu. Rambut Damia dah panjang dan dia jenis budak yang tak suka rambutnya diikat atau ditocang. Kalau aku ikat jak confirm dalam masa 5 minit, dah dicabutnya getah rambut tu....huhu
Bila dah panjang rambut mulalah, Damia tergaru2 telinga, tergaru2 leher, sapu2 matanya sebab dah tercucuk rambut depannya....huhu
Aku sebenarnya lagi suka Damia berambut panjang tapi kesian tengok dia tak selesa dan akhirnya terpaksa potong. Dah macam muka Shamzi pulak bila dah kena gunting camtu..hehe



'Mewah' budak-budak zaman sekarang kan....kalau nak gunting rambut pegi jak ke saloon. Zaman aku dulu, kalau nak gunting rambut manalah ada nak pegi saloon2 ni. Kalau dah rimas sangat rambut panjang, bapalah yang tolong guntingkan....fesyen jangan tanya, janji rambut nampak pendek dan selesa. hehe

Kalau nak buat treatment rambut pulak, ikut jak mak berlubi kepala/rambut. Berlubi kalau kira macam rawatan rambut ala ala kampung.
Bahan-bahan untuk berlubi yang aku ingat masa tu senang jak nak cari, kelapa parut yang dicampurkan daun limau purut agar berbau harum.
Cara-caranya pulak, cuci rambut dulu, kemudian kelapa parut yang bercampur dengan daun limau purut tu diperah santannya. Santan tu mesti mengenai semua bahagian rambut.
Pastu biarkan lebih kurang 15 ke 30 minit dan kemudian cuci rambut tu hingga bersih.
Konpem rambut anda akan bersinar dan halus, guna jari pun boleh, hehe

Mak pulak jarang ke saloon tapi ada satu hari tu, mak ke saloon sebab nak buat rambut keriting bulat. Masa tu fesyen rambut camtu memang pemes.
Kakak aku masa tu gatal sangat nak ikut mak ke saloon. Kami yang lain tinggal di rumah dengan bapa.

Tengahari sikit mak dan kakak balik.........rambut mak memang dah jadi keriting bulat dan yang kami rasa nak ketawa terbahak-bahak, rambut kakak pun sama....hahahaha
Ingat lagi muka kakak yang monyok, mulut muncung ke depan sebab aku rasa dia tak rela rambutnya di keritingkan begitu....hihihihi
Tapi aku kesian juga kat kakak, budak-budak sekelasnya ejek rambutnya sarang tebuan sarang tebuan!!
Namun pada masa yang sama terasa lucu jugak......kakak jadi mangsa fesyen masa tu... (^___^)



Image from Mr.Google
Terbayang wajah kakakku yang terpaksa itu...kah kah kah

Comments

  1. Comel bah mem kecik ni potong rambut...
    haha..lucu plak cerita kmu pigi keriting rambut tu..hehe..
    masa kecil2 dulu mamak ku sllu sapukan santan ke rambut..mmg masa tu rambut hitam & lebat jak...

    ReplyDelete
  2. Budak2 zaman sekarang demand kan..time kita kecik2 dulu mak ayah yang gunting...sampai xde ghuper rambut cantik dah..senget2 kan...

    ReplyDelete
  3. alalala nk wt gitu kee rambut nye hehehe..comel sgt

    ReplyDelete
  4. Bolehlah gang damia & qahirah. Tak suka ikat rambut. Aku yg tgk naik rimas rambut dah panjang. Dia rilek jer. Weekend aritu pon gi saloon gunting rambut. Curlass kan. Kecik2 dah merasa gintaing rambut kat saloon.

    ReplyDelete
  5. hihihi...cik azue jgn kata kecik..sampai la pun potong..mesti chenta hati yg potong kan...mana da pernah salun2 nih...paling kuat salun kat bilik air or dapuq........mak or chenta hati potong...tentang santan n limau purut tu...dah lama x buat nyer....

    ReplyDelete
  6. samalah aku dulu Mia masa kecik tu.Time tu tgh famous style kerinting...lps tu kene ejek..huhuhuhu.Rasa xmo gi sekolah jer time tu...

    ReplyDelete
  7. Comel puan kecik potong rambut tuh..
    hehehe..sib baik mia tak menjadi mangsa fesyen jugak kan..:)

    ReplyDelete
  8. comelnya mem kecik berwajah baru gitu hihi.klakar citer rambut kerinting bulat tu hehe

    ReplyDelete
  9. yati dulu pun mak yang tolong potongkan rambut...

    ReplyDelete
  10. Weyh ni pesen afro ni Mia...hehe...yelah budak zaman sekarang ni mmg sangat beruntung.....potong rambut segenggam pun nak kena stylist yg guntingkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang