Skip to main content

Yang terbaik?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Yang terbaik antara yang terbaik??
Apabila pelajar dapat hadiah kerana mendapat keputusan cemerlang, mesti dorang gembira kan....
Apabila pekerja dapat naik pangkat disebabkan prestasi kerjanya yang sentiasa meningkat, sapa yang tak happy.....

Apa yang aku membebel ni sebenarnya? 
Sesiapa pun yang dapat penghargaan daripada segala penat lelah dan usahanya selama ini, memanglah gembira dan sangat terharu......gila ko tak happy....
Lebih-lebih lagi penghargaan itu datang tanpa disangka-sangka, ko tak pernah pun impikannya selama ini. 

Tapi kan besarnya penghargaan yang ko terima, seumpama sekali gandanya besarnya tanggungjawab ko selepas ini. Boleh ke nak galasnya selepas ini???
Dan apa penerimaan dan pandangan orang di sekeliling terhadap penghargaan yang diterima. 
Kenapa dorang tak dapat penghargaan itu??
Adakah dorang akan pandang atau layan ko seperti sebelum ini??

Ok ke bila anda dipilih yang terbaik di antara yang terbaik????


Gambar takda kaitan pun dengan bebelan di atas......saja je selitkan karya si hubby...hehe



Note : Sorry entri edisi ntah apa-apa kali ni....kalau ada yang tak paham luahan di atas, buat2 paham je lah ye...B-)

Note Tambahan : Aku belum naik pangkat ye kalau ada yang nak bertanya...hehe

Comments

  1. Manjadi tebaik pada pandangan manusia memang susah akak. Kita buat sahaja setakat yang termampu. bukan semua orang sempurna dalam hidup ini. Terbaik pada pandangan Allah yang patut diusahakan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....susah nak puaskan hati orang di sekeliling kita kan....
      In sha Allah :-)

      Delete
  2. salam jumaat mia
    Bila kita mendapat penghargaan..maknanya kita dapat pengiktiraran atas usaha kita..dan meletakkan diri kita pd sst tahap.orng tak pandang kita sebelah matalah ikut katogeri kita tuh..namun expectation pun mesti high jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan orang lain satu hal tapi yang expectation tu, dapat ke nanti nak digalas....huhu

      Delete
  3. boleh tak minta husband ajar mcm mane nak shoot gmbr mcm nie..?

    ReplyDelete
  4. setiap apa yang kita lakukan dgn terbaik ada balasan yg setimpal contohnya sebuah penghargaan tp kekadang ada yg pandangan negatif dr org sekeliling yg mungkin xberape suka.xpe teruskan baut yg terbaik ;) insya allah dia permudahkan

    ReplyDelete
  5. Apa pun penghargaan di dunia tak sama kalau dihargai di akhirat kelak. Kalau boleh biarlah seimbang.

    Cantiklah lukisan hubby Mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak kerana sentiasa mengingatkan.... :D

      Yang tu sebenarnya gambar betul kak, bukan lukisan.....hehe tapi apa-apa pun terima kasih atas pujian.....

      Delete
  6. Paham2 sendiri lah kan Mia... sama mcm aku, bukan tak suka gaji naik,pangkat naik..suka bah! tapi yang tak best nya sllu aku terpikir..."padan kah gaji yg ku dapat dgn kerja yg ku buat? "huhu.. sllu juga aku ada masalah keyakinan diri..bila di bagi tugas sllu berpikir..boleh kah aku buat semua tu?? tapi Alhamdulillah dlm ketidak yakinan ku berjaya juga buat...haha..
    Apa pun kita manusia..ndak da yg sempurna kan?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu atiey....yang tak bestnya bila dapat penghargaan tu, orang lain pandang semacam je....huhu

      Delete
  7. Banyak betul tanda soalnya yer nok. Setuju dgn kata2 kakzakie tu.

    Cantiknya gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja ja nak bubuh banyak2 tanda soalan...hehehe thanks !

      Delete
  8. Bila dah jd yg terbaik smua org hrp yg terbaik..uhuhuhu
    Cantik moy lukisan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah tu.......susah juga kan.
      Thanks moy tapi kan, tu bukan lukisan, actually tu gambar sebenar... :D

      Delete
  9. cantiknya..macam photography terkenal :)

    ReplyDelete
  10. betul tu bila kita diangkat menjd yg terbaik, mang susah nak maintain.. orang sentiasa akan memerhati dan akan sangka, betul ke dia ni yang terbaik seperti yg dicanang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yati........nak menten tu yg susah...bila ada salah sikit nanti org akan cakap balik, ini kah yang terbaik tu?? huhu

      Delete
  11. Hahaha baru nak tanya u naik pangkat ker apa ker dah, tapi Insya Allah..mudah mudahan an. Persetankan kata orang yg penting kita tau kebolehhan kita dan kita mampu. cehhhh semangat lak I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bagitahu awal2 sebab mesti orang akan tanya ada kena mengena dengan naik pangkat ke? hehehe tapi kalau betul syukur alhamdulillah.....

      Delete
  12. Bila dah dipilih untuk mendapat penghargaan tu maksudnya dia layak dan rezeki itu telah ditentukan oleh Allah.... Terima dengan hati yang lapang je Mia...Jangan fikirkan pasal pandangan org kerana ada kalanya pandangan orang tak pernah ada yg betul ...... Apa pun bersyukur yeh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang