Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang # 2 - Mia - Memories of Mine

Latest

Thursday, November 14, 2013

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang # 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Seperti yang dijanjikan, aku kongsikan beberapa gambar sekitar majlis anugerah pelajar cemerlang sekolah Shumi. 

Majlis sepatutnya bermula jam 7.00 pagi tetapi lewat sejam disebabkan menunggu ketibaan tetamu jemputan.....dah jadi perkara biasa seperti majlis2 seumpamanya, jarang yang mengikut masa yang telah ditetapkan

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada mereka-mereka yang berkenaan, kemudian persembahan daripada murid-murid. Dan seterusnya majlis penyampaian sijil dan trofi kepada murid-murid yang cemerlang.




Sebelum acara penyampaian hadiah dimulakan, slide show khas dipersembahkan untuk tontonan para jemputan. Ini merupakan paparan gambar murid-murid cemerlang bersama ibu bapanya termasuk aku, hubby dan Shumi sambil diiringi lagu Sudirman, Ayah dan Ibu. Rasa sebak juga bila mendengar lagu tu sambil melihat paparan gambar tu semua. 






Tahniah Shumi! semoga anak Umi terus kekalkan prestasi. Jangan cepat berpuas hati dengan kejayaan yang baru dikecapi, masih terlalu jauh perjalanan mu. Ini baru permulaan untuk meningkatkan usaha agar terus kekal berjaya. Semoga anak Umi akan terus berjaya dunia dan akhirat......amin.






10 comments:

  1. Tahniah skali lagi shumi... seronok rasanya bila anak berjaya...mudah2an shumi akan teruskan kecemerlangan nya kan Mia...amin! :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah shumi. Smoga terus cemerlang .

    ReplyDelete
  3. Wah seronok n terharu ngan paparan gambar bersama parents kan mia..
    tahniah shumi..mesti kekalkan tiap2 tahun yer sampai keakhirnya..:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... tahniah dari auntie buat Shumi ye. Teruskan kecemerlangan. Jgn macam anak auntie tahun ini dia tak dapat naik pentas utk sekolah kebangsaan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Tahniah Shumi..moga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  6. serius sebak bila lagu tu didendangkan...
    tahniah shumi...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...semoga Shumi terus mendaki tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Mia.... bangga weyh mak bapak hehe....

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!