Yang ke-58 tahun - Mia - Memories of Mine

Latest

Wednesday, November 20, 2013

Yang ke-58 tahun

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Masuk darjah satu
Aku ingat lagi bapa ikatkan rambut ala ala pony tail tapi tegak ke atas seperti pendekar samurai jepun....
Bapa orang yang sangat gembira bila melihat aku naik pentas mengambil hadiah kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Nampak wajah keriangan bapa di hujung dewan.

Sekolah menengah
Sudah lewat petang, aku masih di perhentian bas menunggu bas untuk balik ke rumah selepas habis aktiviti di sekolah. Nampak dari jauh bapa mengayuh basikal tuanya. Baru balik kerja. Bapa melihat aku di bus stop lantas menyuruh aku membonceng basikalnya balik ke rumah.
Kasihan aku melihat bapa bersusah payah mengayuh basikal semasa kami melalui kawasan yang agak berbukit....
Terima keputusan SPM, aku tunjukkan slip, bapa sangat-sangat gembira. Dia terus mengambil slip itu dan pergi ke tempat kerjanya dan tunjukkan kepada rakan-rakannya. 
Bukan bapa hendak menunjuk-nunjuk, bukan... aku tahu, sebab bapa bukan bersikap sedemikian. Bapa cuma gembira, teramat gembira kerana aku mendapat pangkat 1 dan dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkannya.....

Diterima masuk ke Universiti
Aku tunjukkan bapa surat tawaran masuk ke UMS. Bapa tersenyum bangga tetapi disebalik senyumannya, aku tahu dia sedang memikirkan bagaimana perbelanjaan ku di sana, bagaimana mahu membayar yuran?
Aku terus berkata, kita tolak saja tawaran tu, tak apa kata aku, aku boleh mencari kerja lagipun aku sudah mendapat sijil STPM.
Bapa marah, sangat marah.......jangan fikir pasal duit, kau belajar saja, pandai-pandailah aku cari duit tu...

Sehinggalah sekarang.....aku sudah bekerja, sudah berkahwin, sudah ada 3 anak., bapa masih begitu., masih mengambil berat tentang anak-anaknya. 
Hampir setiap minggu, bapa pasti menelepon aku, tanya khabar aku, tanya khabar anak-anak aku.
Sudah 58 tahun umur bapa. Tapi dia masih seperti dahulu. Seorang bapa yang sangat bertanggungjawab, penyayang, sabar, sangat mengambil berat tentang anak-anaknya. 
Tak terbalas rasanya aku dengan segala apa yang telah bapa korbankan untuk anak-anaknya.





Selamat Menyambut hari lahir yang ke-58 bapa. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu....amin




16 comments:

  1. sedihhh baca N3 Mia ni...betapa besarnya kasih seorg bapa kan..yg bersusah payah mencari nafkah buat anak2....uwaaa...sedih aku, teringat arwah bapa ku....:(
    Selamat lahi lahir buat bapa Mia..moga terus diberi kesihatan, dipanjgkan umur...amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.....Aku taip ni pun rasa nak jatuh air mata atiey.....sedih bila terkenang pengorbanan bapa.
      Al-Fatihah utk arwah bapa Atiey.

      Delete
  2. sebak nyer baca entry ni... itu la seorg bapa...

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun tuk ayah mia..sedih bila kubaca entry nie..seolah2 mengalami situasi yg sama..pengorbanan sorang ayah kan walau bgmana susah pun.

    ReplyDelete
  4. sedihnye..hurmm syukur tb masih ade ayah dan ibu..segala pengorbanannya tak terkire dr tb sebesar tapak tgn...selamat hari jadi kepada arwah..bykkan sedekah alfatihah utknye ;0

    ReplyDelete
  5. Kakak bila baca macam ini mesti airmatalah jadi peneman Mia... sedih tapi ada gembira sebab dari penghargaan sesama bapa dan anak. Moga bapa mia terus diberi kesihatan terbaik dan berbahagia.

    Selamat ulangtahun kelahiran ke 58 buat bapa Mia.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana mendoakan bapa....tapi mungkin ada yg tersalah erti dengan entri di atas. Bapa Mia,alhamdulillah masih sihat walafiat di kampung. Semalam merupakan hari lahir bapa yg ke 58 tahun .... :D

    ReplyDelete
  7. Kasih sayang seorang bapa. Soal duit bukan halangan. Janji anak berjaya ke universiti, Bestnya masih ada bapa. Rindu kat arwah ayah ku :-(

    Selamat hari lahir pakcik.

    ReplyDelete
  8. Sedih baca entry ni moy..
    Apapun sia ucapkan selamat hari jadi buat bapa ko moy. Semoga pnjg umur, murah rezeki dan sihat2 selalu.. Amin

    ReplyDelete
  9. Mia panggil bapa tu bapa ke? Bukan abah?
    Macam tulah Mia ...walau anak dah besar pun dia tetap anggap kita ni masih kecik....Pandai anak bapa ni rupanya hehe

    ReplyDelete
  10. I sebak la baca entry ni, Selamat Hari Ulang tahun kelahiran untuk bapa u, may Allah bless him, panjang umur dan sentiasa murah rezeki dan bahgia. pengorbanan seorgan bapa kan, sanggup depa susah, asal anak dapat yg terbaik.

    ReplyDelete
  11. rindu kat arwah abah...sempat bersama arwah abah selama 21 tahun je...

    ReplyDelete
  12. sedih sgt sgt bc entry ni..intan sebak,,,sebab teringat arwah ayah dan emak yang menangis bila intan capai 4a walaupun hanya upsr...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!