Nak daki Gunung Kinabalu?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Sumber : Koleksi Hubby


Kurang sebulan lagi anak-anak dah mula bercuti panjang. Korang sefamili dah rancang nak cuti pegi mana-mana ke? nak melancong, nak balik kampung, melancong ke obersi atau cuti-cuti Malaysia?

Nak buat aktiviti santai dengan keluarga atau pun lasak seperti mendaki gunung?
Tetiba cerita pasal gunung ni bukannya apa, semalam di opis berborak dengan seorang agent insurans ni yang anaknya dan kazen2nya dari KL nak mendaki Gunung Kinabalu cuti sekolah nanti.

Tanyalah berapa harga kalau nak daki Gunung Kinabalu sekarang ni......dia bagi tengok pakej untuk seorang, makkk aiiihhhh mahalnya nak daki gunung sekarang ni.
Seorang lebih kurang RM500++. Pakej termasuk tempat penginapan, makan, pengangkutan, yuran masuk, guide, permit mendaki dan sijil mendaki. 

Memang jauh beza dengan masa aku dulu. Aku berjaya cehh berjaya daki Gunung Kinabalu tahun 2000 yang lalu. Masa tu sorang cuma bayar RM90 lebih untuk tempoh pendakian 2 hari 1 malam. Perkhidmatan lebih kurang cam pakej tadi. Jauh bezanya kan.
Tapi nak apa yang diherankan, sekarang ni semuanya dah mahal. Kos semua dah semakin meningkat.

So sapa2 yang teringin atau merancang nak daki Gunung Kinabalu cepat-cepatlah bertindak sekarang. Nak book pun kena awal, paling lambat pun, 2 bulan sebelum tarikh pendakian. Google je pakej daki Gunung Kinabalu, memang banyak pilihan. :D



Note : Pengalaman yang paling best bila berada di puncak Gunung Kinabalu.....sayup je tengok semua yang berada di bawah. Perasaan pun bercampur baur, gembira, bangga, ngeri dan kagum dengan ciptaanNya.........Sekarang ni setiap kali terpandang puncak Gunung Kinabalu tu dari kejauhan, tak sangka dulu pernah jejakkan kaki di situ.........(^_^)


15 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. rindu nya mau naik gunung. tp skrg ni komfom pancit! Hahahaha... btw, pakej rm500++ lbh tu utk org malaya kan. Kalau sabahan still bleh dpt rm150 klu x silap. :)

    ReplyDelete
  2. mahal tuh mia..aku kalau bujang senang dl bolehlah ..skrang ngan anak2 kecik..agaknya tunggu lah berjanggut dl..hehe

    ReplyDelete
  3. my friend pernah daki gunung kinabalu masa honeymoon diaorang... diaorang kata seronok... mia kalau dah daki nanti jangan lupa share experiences yer...

    ReplyDelete
  4. Bila la teman nak start mendaki....

    ReplyDelete
  5. bukit broga tu pon x pernah sampai, daki gunung kinabalu, hurmmm lambat lagi la kot he3

    ReplyDelete
  6. mmg teringin. sampai atas tu nak begaya ngan baju kurung dan amek gambar puas2. wanita melayu yang gebus gebas berjaya mendaki. hahaha

    ReplyDelete
  7. Untung Mia tinggal di sana dan dah jejak puncak gunung Kinabalu. Kakak ni tengok gambar ajelah..

    ReplyDelete
  8. sapa yg kuat stamina bleyla panjat gunung tu...kan...dah nak 3 ni tak larat dah nak panjat memanjat kikiki

    ReplyDelete
  9. fuh dah naik gunung kinabalu ya. bilalah BBL nak jejak kaki kat sana jugak

    recent post : Review Samsung Galaxy Note 3 : Edisi Tengok Sahaja

    ReplyDelete
  10. dulu masa kat KK hari2 tenung gunung kinabalu ni, tapi tak pernah sampai ke puncak lagi, belum ada kesempatan. Mahal jugak kan kos nyer.

    ReplyDelete
  11. Wahhh. Bestnyaaa dah dapat naik gunung KK. Teringiinnn. Tapi tengok kos hmmm kena fikir dua tiga kali.

    ReplyDelete
  12. Wahhh. Bestnya dah dapat naik gunung KK. Teringinnn tapi tengok pada kos tu kena fikir dua tiga kali. Hehe

    ReplyDelete
  13. Kalau RM500....okje tgk gambo je le Mia hehe...lagi pun bukan minat sangat pun mendaki ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post