Skip to main content

Coklat panas di Nissan


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Gambar bawah menunjukkan dua orang budak kononnya tengah jadi good boy masa pegi servis keta hari tu.


Padahal masing-masing dah habiskan 2 gelas coklat panas kat ruang menunggu pusat servis tu. Tu sebenarnya nak minum lagi tapi aku larang, nanti pekerja sana naik heran, budak-budak ni tak pernah minum coklat panas ke kat rumah....huhu

Aku pun heran apahal budak dua orang suka sangat minum benda tu kat Nissan. Actually aku ada beli juga dan buat kat rumah tapi kan dorang cakap tak sama dengan yang kat Nissan tu.

Kuang asam betul budak dua orang ni. Padahal jenama minuman tu aku beli sama juga pun.

Tapi kan aku suspek dorang sebenarnya bukan layan sangat minuman tu tapi kerana jakun dengan mesin pembancuh minuman tu. Tak de kat rumah kan, tu yang cam kejakunan sikit. Letak cup kemudian picit butang, keluar coklat panas.

Nak juga aku ambil gambar mesin yang menjadikan budak dorang ni jakun tapi nanti orang cop lain pulak, apahal pompuan seorang ni ambik gambar mesin pembancuh minuman?? ;p



Eksen sangat kononnya sedang baca majalah.....;p







Comments

  1. Dah terang-terang Shamzi dan Shumi tu masih kecik, kakak ni kalau ada promo kat shopping komplex tu Mia nampak mesti macam teruja juga nak merasa. Gelihati pulak bila Mia kata macam jakun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak, kdg2 eksaited juga bila ada promo tester kat mall tu tp segan jugalah nak test2...hehe

      Delete
  2. gelak kejap baca entry Mia ni..sama kes mcm anak2 SB tapi kat pusat servis perodua.tak cukup 2 cawan..last2 tingga yang kluar air panas je ..haha

    ReplyDelete
  3. jadi anak2 pun santai x der lah mereka bosan kan ;)

    ReplyDelete
  4. memang budak2 nie kalau yg kat luar tuh sedap aje..cam kitalah ..hehehe..
    tambah2 boleh tekan2 kuar minuman sendiri kan takyah susah2 mak depa buat..:)

    ReplyDelete
  5. ye betul tu, jakun ngan benda tu sebenarnya, kat umah sendiri mana ada....ekkekek...

    ReplyDelete
  6. Buat sendiri dgn org buat lain rase nye :)

    ReplyDelete
  7. hahaha...budak2 memang jakun

    ReplyDelete
  8. Haahahaha manakan sama mesin dengan bancuhan sendiri. Budak2 mmg lagu ni la kan, si JJ ni kalau dapat buka fridge sendiri ambil milk, laju dia telan susu dia sebab nak refill nak buka peti lagi. Ini belum jumpa mesin picit2 lagi ni.

    ReplyDelete
  9. hahaha...comel bah gaya dorang ni Mia..ndak sama juga dgn yg umminya buat di rumah..hehe

    ReplyDelete
  10. Biasalah Mia.....bukan bebudak je, kita yg tua ni kalau minum ke makan tgn orangkan sedap kalah tangan sendiri masak! Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang