Skip to main content

Pencerobohan di Lahad Datu dan Pejuang Negara

Assalamualaikum

Umum telah mengetahui kisah pencerobohan oleh kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Kemuncaknya terjadi tembak menembak di antara penceroboh dan Pasukan Polis Malaysia....dan kini satu Malaysia amat bersedih dengan pemergian dua perwira negara yang tumbang ketika mempertahankan bumi kita daripada di ceroboh oleh anasir2 luar..........Al-Fatihah untuk arwah....

Ramai yang tertanya2 apakah punca hingga rakyat2 kesultanan Sulu sanggup menceroboh Sabah dengan tujuan kononnya ingin menuntut hak mereka......saya sendiri pun tercari2 jawapannya......sebagai anak jati Sabah memang pernah terdengar cerita dimana Sultan Brunei dulunya pernah menganugerahkan Sultan Sulu beberapa ekar tanah di negeri Sabah.....tetapi kemudiannya Sultan Sulu telah mempajakkanya secara kekal kepada pihak British dimana British telah memberikan kemerdekaan kepada Sabah dan kemudian Sabah masuk ke dalam Malaysia.....buktinya....


Surat 'Permanent Lease' (pajakan/sewa kekal) Sultan Sulu kepada pihak  kerajaan British  pada 22 Januari 1878. *permanent bermaksud tidak boleh ditarik balik

Jadi rasanya apa yang dorang ingin perjuangkan.....apa yang ingin dorang tuntut.....?? Kalau ia pun nak tuntut....kenapa baru sekarang ?? kenapa tidak bertindak dari dahulu lagi ?? kenapa ingin menganggu kedamaian orang Sabah ??

AL-FATIHAH untuk kedua2 pejuang negara kita 

Share dari Facebook




Comments

  1. itu la yg pelik.baru skrang nak tuntut
    Al-fatihah untuk pejuang kita

    ReplyDelete
  2. Itulah pelik betu kan kak..dah lama sangat dah. Takziah buat keluarga arwah..sedih sangat. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. Mula2 start pasal ni...okje tak delah kisah sangat pun...bila dah ada yg terkorban ni baru beria google pasal berita ni... barulah faham cerita sebenarnya!

    ReplyDelete
  4. yg jd persoalan kenapa sekarang,..dh dekat nk pilihanraya nih..ada agenda politikkah sebaliknya

    ReplyDelete
  5. AlFatihah utk kedua dua wira negara.Semoga roh mereka dicucuri rahmat.,Sedih tgk gambar keluarga mereka yg ditinggalkan.Semoga mereka tabah
    Harapan agar penceroboh cepat2 tinggalkan Lahad Datu dan kami doakan keamanan buat Sabah.Amin

    ReplyDelete
  6. harap keadaan kembali kepada sedia kala

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah kepada kedua yang terkorban.
    I baru baca somewhere pasal bayaran kepada Sultan Sulu ni semua, Malaysia memang bayar mereka pun, so alasan apa nak tuntut sekarang. Its more to nak rampas jer ni, makin tamak mungkin. Doakan cepat la isu ni selesai tanpa more pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  8. al-fatihah untuk kedua pejunag kita yg telah terkorban..semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat pejuang kita semua...semoga roh mereka dicucuri rahmatNya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a