Assalamualaikum
Belum selesai di Lahad Datu, kami di Sabah dikejutkan lagi dengan berita mengenai kejadian tembak menembak di kampung Sri Jaya Siminul, Semporna yang tersebar luas di Facebook rakan-rakan. Kawan-kawan yang berada di Semporna mengatakan bunyi tembakan kedengaran di laut bermula jam 8 malam....polis mengarahkan semua penduduk kampung jangan keluar rumah....ada yang mengatakan bahawa kejadian itu berkaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu tetapi ada juga beritahu ianya operasi merampas syabu....kami di Sabah berteka teki ditambah lagi hati yang risau....dan akhirnya pihak polis mengesahkannya....
Sekarang tidak senang duduk sebab banyak khabar angin yang merisaukan. Walaupun belum sah tetapi cukup membuatkan kami tidak senang hati...kawan2 tolong doakan keselamatan kami di sini.....
nik yg kat semenanjung pun risau bila tahu berita ni smlm. apa lagi org2 kat sana.
ReplyDeletehanya mampu berdoa.moga Allah melindungi semua.
yg dok jauh nie pun risau jgk..semoga keadaan dissna beransur pulih..ameen
ReplyDeletesemoga selamat semuanyer..
ReplyDeletebaca ayat kursi banyak2.
rumah kak yana jauh dari jiran...
so akak baca ayat kursi banyak2.
sekarang tinggal dengan baby danish je.
akak baca juga ayat tu.
buat macam zikir.insy. selamat.
semoga semuanya selamat
ReplyDeleteKAMI KAT SARAWAK NI PUN SUSAH HATI DGR HAL NI..
ReplyDeleteSEMOGA ALLAH MELINDUNGI SEMUA KITA YG BERGELAR RAKYAT MALAYSIA..
risau ya, kami d semenanjug doakan semua keadaan selamat. ..
ReplyDeleteKami doakan keselamatan rakyat Sabah..InsyaAllah
ReplyDeleteRakyat Sabah pasti selamat kerana anggota keselamatan kita yg terbaik
ReplyDeleteSeluruh rakyat malaysia harus bersiap sedia. Jangan lupa pakat2 solat hajat mohon perlindungan dan dijauhkan bala. Cikgu doakan semoga semua ni segera selesai...amin
ReplyDeleterisau dengan keadaan ni sebenarnya...hopefully segalanya berakhir dengan segera....
ReplyDeleteSana sini pasal berita ni sekarang ni... moga ATM menjumpai jalan yg terbaik utk menyelesaikannya
ReplyDeleteLahad Datu berada di tengah2 antara Kunak & Semporna.. bayang kan lah betapa risau nya kami...seolah2 di kepung...Ya Allah! doakan lah keselamatan penduduk Sabah..amin!
ReplyDeleteScarylah. Makin ramai yg terkorban. Smoga masalah ni temui jln penyelesaiannya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!