Skip to main content

Sesat

Assalamualaikum
Korang pernah sesat ke? sesat dalam hutan ke, sesat kat bandar ke.....sesat bila ko masuk bangunan ni keluar bangunan lain pulak.....sesat yang camtu....saya ?? teramatlah mudah sesat (bukan sesat yang lain ok)....dalam shopping complex pun boleh sesat.....masuk pintu ni, lepas tu tak tahu suda di mana nak keluar....pastu terus panik....padahal dalam shopping complex jak pun......Tahun 1999 pertama kali pegi Kota Kinabalu sorang2 sebab study kan....(sian anak kampung kluar ke bandar)..masa nak cari stesen bas untuk balik ke kampung, punyalah payah, siap minta lukiskan map lagi dengan kakak cara nak pegi stesen bas tu....punyalah skema menuju ke stesen bas, orang boleh jalan yang short cut gitu saya terpaksa pusing jauh sebab takut sesat tak dapat balik kampung....huhu
Percaya atau tidak.....saya pandu kereta hanya untuk pergi ke tempat keja dan balik rumah lepas keja....kalau melencong sikit dari jalan yang biasa saya lalui memang kompem sesat...hehe Pandu kereta dah dekat 4 tahun tapi jalan KK belum hafal2 lagi...kalau keluar berjalan memang hubby yang drive...pernah juga drive balik ke Kota Marudu sendiri tapi hubby escort di belakang...kita orang bawa 2 kereta...sendiri balik belum pernah lagi....
Tempat letak kereta di shopping mall satu hal lagi....saya tak pernah parking sendiri kecuali di Centre Point KK tu....itupun kerana TERPAKSA dan sebelum pegi sana berapa kali minta tunjuk hubby cara2 masuk dan cara2 keluar....tahun 2006 bulan 10 pernah tinggal sebulan di KL sebab training....punyalah nak nangis sebab sebenarnya itu kali kedua pegi KL...yang pertama kali pun sekejap jak singgah sebab pegi Terengganu....betul2 berdikari ni sorang diri...tapi nasib baik company bagi hotel yang dekat dengan tempat kerja...belakang Sungei Wang kat Jalan Bukit Bintang tu saja....masuk Sungei Wang sesat sebab masuk pintu lain keluar pintu lain padahal ko bole pusing bangunan tu saja pun kalau nak balik hotel...ini tidak, masuk balik Sungei Wang nak cari pintu mula2 masuk tu....panik sebab sesat....
Memang banyak kali kena bebel oleh hubby sebab "kelemahan" ni....tapi apa boleh buat, bab2 hafal jalan ni memang saya FAILED..... :P

Comments

  1. selalu gak sesat dalam shopping mall besar2

    ReplyDelete
  2. Samalah kita nok. Tau jalan gi keja & balik keja. Semalam aku sesat barat nak cari bank. Pada hal selalu jer lalu kat situ. Pastu mulalah menggelabah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah AJ jarang sesat la kalau area2 KL ni.....
    Tapi dulu penah sesat sekali cari parking lot masa kat Mid Valley..
    Hehhehehe..
    Sejam cari kete tak jumpa.....

    ReplyDelete
  4. lelama biasa la tu... in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. hmmm..siannya masalah sesat nie tak dapek nak nolong..biasanya kalau kita jenis dependent kot mudah sesat..sy kalau parking ker, drive ker sorang2 jrg sesat sbb dah buat homework utk kenal jln..heheh

    ReplyDelete
  6. Kakak rasa kita lebih-kurang sama. Kakak pun kadang terasa masuk/pergi lain bila keluar/balik jadi lain itu yg panic dan jadi sesat.

    ReplyDelete
  7. d kl ni kan mcm jalan bkn mcm kk, so komfem sesat punya la specially area yg nda biasa mcm damansara. kalau telimpas simpang, naaa... habis la.. u-turn pun susah d sini. tp kalau d mall, jarang sesat. kalau parking, satu tips yg sy selalu buat, ingat kedai2 bila masuk dari kwsn parking. so, bila mau keluar, cari balik tu kedai. :)

    ReplyDelete
  8. ALA,KESIAN NYA..BUI KALAU DH SLL GUNA JLN YG SAMA,MMG AKAN INGAT SAMPAI BILA2..

    KALAU G SHOPPING KOMPLEKS,MULA2 RS MCM NK SESAT JUGAK TP BILA DH SLL PG MMG AKAN INGAT PUNYALAH..HEHE

    ReplyDelete
  9. aku mun jalan KK buli lagi mun KL>.mau nanges jua kali

    ReplyDelete
  10. pssstttt cikgu jenis penakut bawak kete. rela parking keta jauh2 asalkan senang nak dpt parking dan biasa dgn tempat tu hehehe....setakat ni tak pernah sesat lagi la

    ReplyDelete
  11. he he KA pun pernah alamai pengalaman sesat ni

    ReplyDelete
  12. hahaha kalau shopping mall belum lagi la..ahaha..

    ReplyDelete
  13. setakat ni semua jalan saya redah jer... mula2 memang la x confident kan... tapi lama2 bila dah biasa... dah expert gitu... ^_^ bawak keta ni nak kena redah... kalau x sampai bila pun x belajar jalan...sungguh...

    tapi sekarang ni senang sis... pakai jer GPS... ^_^

    ReplyDelete
  14. Saya sesat kalau x ingat jalan..huhu..scepially jalan yang tidak pernah saya lalu..bila lalu balik confirm x ingat..huhu

    ReplyDelete
  15. hehehe...sia pernah sesat jugak kalau time itu mst jd panic mau ngs... sbbtu nda buli jln surang2 :D

    ReplyDelete
  16. kalau asyik bercakap2/berborak sepanjang jalan masa drive kereta, memang boleh sesat ...dah banyak kali dah..

    ReplyDelete
  17. kita pandu sendiri rasanya boleh hafal jln..kalau duduk sebelah..mmg sesat..

    ReplyDelete
  18. kita pandu sendiri rasanya boleh hafal jln..kalau duduk sebelah..mmg sesat..

    ReplyDelete
  19. hehehe
    mesti sbb hanya g kj blk kj kot..yg lain selalunya g dgn hubby kan..yu sbb kot sesat :)

    ReplyDelete
  20. pernah sesat tp selalunya akan bertanya..kalau x tanya memang panik..

    ReplyDelete
  21. pernah sesat kat time square sbb tak ingat parking keta kat mana.
    dua laki binik punya la gelabah..haha

    keta parking kat bawah skali. sabaq jela.naik turun mencari.

    ReplyDelete
  22. pernah sesat juga..dulu sesat di 1B..panjang kwsn tu susah cari tmpt byr tiket parking..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang