Skip to main content

Jambu suka...Markisa suka

Assalamualaikum
Tengok anak-anak berlari2 bermain di ruang tamu, teringat zaman budak2 dulu.....sian anak2 sekarang, nak berlari bermain berguling pun dalam rumah jak.....kalau nak yang luas tunggulah mak bapanya bawa pegi taman permainan....tu pun nak kena awasi selalu sebab tak berapa nak selamat.....
Tak macam zaman saya budak2 dulu.....dalam tahun 80-an gitu....tinggal di kampung kan.....halaman rumah, kebun orang, semua jadi taman permainan...balik sekolah jak, lepas makan tengahari dah merayap bawah kolong rumah....nak main masaklah, nak main biji getah,  kalau ada geng, boleh main zero point.....best gilak....tapi apa kena mengena dengan tajuk di atas ???? (ada kena mengena sikit jak).....
Ni saya nak cerita ni......masa budak dulu, saya sangat suka makan buah jambu yang kecik2 tu....jambu batu yang kecik tu, kalau masak, biji dalam dia akan rasa manis....jambu ni tumbuh meliar dengan banyak zaman dulu.....pokok dia tinggi tapi banyak dahan jadi senang sikit nak panjat.....saya terer panjat pokok tau masa budak dulu....biar digigit semut yang penting dapat makan buah jambu.....sakit belakang kira....hahaha port yang paling kami suka cari buah jambu ni dalam satu kebun tu, owner dia orang cina......sebab dalam kebun dia banyak sangat pokok jambu ni.....kami ambik jak sebab bukan dia yang tanam tapi tumbuh meliar, kira bukan mencurilah tu kan, ceroboh jak..... uncle soli a'a.....hehe
Pokok Jambu yang saya suka makan......ooopppss buahnya bukan pokoknya
Sumber : Image dari Google

 Ada satu buah lagi yang saya suka makan masa zaman budak dulu.....rasa dia masam masam manis tapi banyak sangat bijinya.....tapi saya suka juga.....masa sekolah rendah dulu selalu order dengan kawan sekelas sebab bapa dia ada kebun buah ni.....sebiji dia jual seposen....kadang2 dia bagi extra juga.....kawan2 kan....memang sedap makan buah ni......nak tahu apa jenis buah tu.....ni dia
Buah Markisa........
Sumber : Image dari Google
 Memang bestlah makan buah ni....tapi sekarang susah sangat nak cari buah ni.....orang tak tanam suda ke ?? dulu siap ada air kotak perisa buah Markisa lagi....sekarang payah betul cari.....langsung tiada kelibatnya di gerai-gerai buah......hinggalah masa mengandung si Shumi dulu.....ngidam nak minum air markisa dalam kotak tu....punyalah payah hubby nak carinya....memang langsung tiada jual dah masa tu....hubby mengadu dengan kawan2nya, last2 dapatlah juga merasa markisa masa tu...itu pun bukan dapat minum jusnya tapi dapat sebiji buah markisa yang belum berapa nak masak.....hubby cakap rasa ja lah, takut 'berliur' pula anak bila kuar nanti...kan mengidam....sian hubby sampai masuk kampung orang nak cari orang yang tanam buah markisa ni.....nampak kan, payah benar nak cari buah ni.....
Selain markisa yang rasanya macam nak 'pupus' jak, buah jambu yang kecik2 tu pun payah benar dah nak jumpa di kampung.....dulu tak payah tanam, buang jak bijinya, dia akan tumbuh sendiri, sekarang kalau nak merasa buahnya kenalah rajin berkebun.....
Kesimpulan dari cerita ni, rajin-rajinlah turun berkebun.......(^_^)
apa ??? tak sesuai ??? Kalau gitu pandai2lah korang simpul sendiri yek.....hehe

Comments

  1. indahnya zaman kanak2, main dgn kawan2 Di kg. mkn nasi pun bkelah ramai2.

    ReplyDelete
  2. kat rmah nie ade pokok jambu ceri..anak sy pulak yg rajin mengutip

    ReplyDelete
  3. @nea lopah: zaman kanak2 mmg paling best. hepi jak

    ReplyDelete
  4. @ummuaidan: best klu rumah yg ada kebun sendiri kan... :D

    ReplyDelete
  5. rasanya akak tak pernah makan buah tu

    ReplyDelete
  6. @umialya: rasalah kak..sedap rasanya tp skg susah nak cari

    ReplyDelete
  7. bestnya zaman kanak2..
    hah'ah lah Mia.. susah sdh mo cari jambu ni kan?? sy pun suka ni jambu..dulu2 banyak tumbuh di depan rumah..masa arwah bapa ada lagi..skrg mmg susah mo cari ni buah..silap2 anak2 ndak kan kenal ni buah..huhu:)

    ReplyDelete
  8. saya suka jambu yang kecil2 tu..walaupun tak lah sesedap jambu yang besar tu tapi berebut juga dengan kawan2 nak makan..hehe..lagu2 yang dah masak..isi dia warna pink..sedap. Buah markisa..bulan lepas kalau tak silap, ada mak cik tu bagi..tapi first time rasa tak sedap..hehe. Orang kata sedap buat jus ye kak.

    ReplyDelete
  9. zaman kecik2 suka jugak mkan buah ni...kat rumah ad pokok jambu tu

    ReplyDelete
  10. jambu memang suka
    tapi, buah markisah sebelum ni tak pernah tengok (kesian kan), baru 3 tahun lepas kenai buah markisah.

    ReplyDelete
  11. jambu batu tu masih byk di kwsn rumah kami tu..:)
    Ya saya pun lama sudah x nampak markisa. pupus sudah kali buah tu

    ReplyDelete
  12. buah markisa sy tak rase lg mcm mane...tp air die dh minum pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa