Skip to main content

Tahniah 'Harimau Malaya' (Jangan lupa diri)

Assalamualaikum....
Tajuk n3 lain macam pulak kan....actually tidak pernah post pasal bola tapi memandangkan semenjak dua menjak ni selalu tengo 'Harimau Malaya' kita main, terasa nak tulis pula pasal dorang.....
Semalam temankan hubby tengo bola (bukan di stadium, depan tv jek...) macam tak senang duduk dibuatnya....pasukan kita banyak buat serangan tapi tak juga masuk2....dan akhirnya setelah beberapa kali cuba jaringkan gol, dapat juga gol yang pertama daripada tendangan percuma yang diberikan oleh pengadil.....hubby otomatik terlompat tapi saya dengan selambanya bagitahu, masa masih panjang lagi jangan terus lupa diri.......dan macam betul jek cakap saya, tidak lama kemudian giliran pasukan Laos pula jaringkan gol......kan suda dibilang tadi, jangan lupa diri.....hubby terus hilang mood tengo permainan yang seterusnya, eh eh dia pula yang putus asa.....siap tukar channel lagi tu....saya paksa juga hubby tengo perlawanan sampai abis....kalah ke menang ke, terima sajalah kan....tapi nasib baik anak-anak buah Rajagopal ni bangkit kembali dengan menjaringkan 3 gol dan menamatkan perlawanan menentang Laos 4 gol berbalas 1.......
Tahniah lah kepada 'Harimau Malaya' kita tetapi JANGAN LUPA DIRI DAN LALAI sebab lawan yang seterusnya ialah 'musuh tradisi' Malaysia dalam perlawanan bola sepak iaitu Indonesia......chaiyo chaiyo !!!!!
P/S : macam pengulas sukan tidak bertauliah pula.....

Comments

  1. la..harimau malaya menag ka, tak tengok pon.

    sebab tak minat bole..hee...he...

    ReplyDelete
  2. Mazliza - sya pun sama tak minat bola tapi hubby selalu tengo macam siok juga nonton sama2...hehe

    ReplyDelete
  3. Kakak sambil baca novel sambil teman suami juga bila nak dekat gol kakak tengok. Geram bila banyak kali tak masuk kan...

    Tapi oklah menang juga akhirnya.

    ReplyDelete
  4. tahniah jugak buat harimau malaya...btol tu..msih jauh pjlnn...pjuangan mrk blom slesai

    ReplyDelete
  5. saya pun tengok mlm tadi..byk cubaan bah harimau malaya, byk peluang tapi penyudah x baik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa