Skip to main content

Jangkitan Kuman ???

Assalamualaikum....
Hari ni stay di rumah, doktor bagi Mc sebab sakit perut yang melampau.....sekarang ni dah lega sikit sebab tu dapat taip n3....perut dah tak memulas cam semalam tapi badan lemah macam orang baru lepas bersalin jak.....punca sakit perut belum tahu lagi..... :-(
Kemarin macam biasa buat keja yang melambak dekat opis......pagi2 tu memang rasa perut dah memulas tapi sebab nak membuang......dalam 2 kali membuang perut dah ok balik....tapi dalam jam 11 gitu tiba2 perut amatlah sakit memulas....tak bagi signal2 lagi tu, tiba2 saja....masuk tandas sebab ingatkan nak membuang tapi tak juga.....mula2 ingatkan dapat tahan tapi kalau baju dah basah oleh peluh dalam opis yang ber air-cond tu...memang tidaklah jawabnya.....last2 ambil keputusan tepon hubby datang ambik kat opis.....inform kat boss nak balik sebab tak tahan suda....macam mo pengsan pun ada juga....
Hubby sampai kami terus direct pegi klinik dulu......sampai sana doktor check2 dan  bagitahu mungkin keracunan makanan.....doktor bagi ubat dan mc.....lepas dari klinik saya dan hubby ambik Shumi dan Shamzi di sekolah (dorg masih sekolah lagi, hari ni last...)....lepas ambil dorg, tiba2 sekali lagi perut sakit lagi, memulas2 gitu tapi memang sakit...ambil keputusan terus pegi hospital sebab dekat dengan sekolah dorg Shumi.....memang sakit sampai terkeluar air mata (menangislah tu)....sampai hospital, masuk wad kecemasan dan doktor bagi satu injection tahan sakit dekat punggung....check punya check, doktor cakap ada jangkitan kuman kat air kencing, simptom2 dia memang terasa seperti sakit perut yang memulas.....emmm....tetiba saja sakit kan.... :-( Doktor bagi ubat, dan tengo dalam seminggu ni kalau masih sakit lagi kena pegi hospital semula.......
Sekarang ni sebab dah ok sikit, tengah pikir2 nak pegi opis petang ni sebab keja bertimbun nak kena siapkan....client nak minta sebelum bulan 12 ni......kalau saya cakap kat hubby nak pegi keja compem kena bebel........ 

Comments

  1. get well soon ya. pagi td pun saya rasa x sedap badan. hubby kata xyah g keje. tapi saya degil nak pegi gak. huhuhu

    ReplyDelete
  2. hari tu sy pun kena jangkitan kuman dlm air kencing tp tida sakit perut. demam on off sampai 40C!! terus kena tahan wad. lgpun doc risau kalau darah terkena jangkitan. bahaya utk kes sy! huhuh.. nyway, take care..

    ReplyDelete
  3. Salam, tak yah la keje dulu.. rilek dah sakit tak yah pk keje.. jangan jadi cam Sue tu husband soh dok umah nak keja gak.. nanti dah teruk husband gak yg dicari.. bukan boss yang tolong..betul tak?

    ReplyDelete
  4. Get well soon.Seeloknya rehatlah dulu..

    ReplyDelete
  5. Moga cepat sembuh Mia..
    sa pun pernah kena ni jangkitan kuman..memang sakit..doktor ckp kencing kotor..kena banyak kan minum air putih...
    byk kan rehat ya:)

    ReplyDelete
  6. Anum - thanks. :)

    Sue - thanks....samalah kita....bukan tak nak ikut ckp hubby tapi tak senang hati klu keja tak siap...

    Just - thanks...itu lah tu...tapi sya x demam pulak...huhu

    fandyz - hehe....memang betul sebab tu tak jadi pegi keja...

    Rafhani - thanks :D

    Mazliza - thanks... :D

    ReplyDelete
  7. makan apa leh jadi camtu..moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  8. ibu Lala - malam sebelumnya tu ada makan roti canai kat restoran india...tak tahulah kalau sebab tu...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang