Skip to main content

Lupa

Assalamualaikum.....
.
LUPA !!!! memang semua orang pernah lupa kan.....lupa bawa buku ke sekolah, lupa bawa handphone, lupa kunci rumah, lupa beli barang, lupa makan (adakah macam ni)...dan segala2 lupalah konon....
*
*
Tiba-tiba cerita pasal lupa bukan apa, semenjak umur dah meningkat ni (meningkat tapi belum tua ok), penyakit LUPA si Mia ni semakin menjadi-jadi (tapi belum tahap kronik lagilah). Sebelum ni tidak pula pernah terlupa benda2 yang penting, yang saya rasa paling kritikal pun lupa bawa barang atau beli barang...tu jek....tapi semenjak beranak tiga ni, penyakit LUPA tu tiba2 'menyerang'....habis iron baju, lupa tutup suis seterika.....masa tu mo keluar rumah, hubby check suis tengok2 suis iron belum tutup lagi....abis ko kena bebel...macam mana saya boleh lupa tutup pula....kalau bab2 suis elektrik ni memang saya pantang kalau sapa2 guna tidak tutup balik....last2 saya pula yang terlupa.....
*
*
Lepas kejadian LUPA tu, teruslah pula jadi tabiat....lupa tutup lampu sebelum pegi kerja (saya orang terakhir keluar rumah setiap hari, sebab hubby dah keluar awal ngan anak2 pegi sekolah, tempat keja lain2 terpaksa guna 2 keta)...lupa tutup paip air lepas cuci piring (betul2 lah pelupa si Mia ni)..lupa itulah lupa inilah..........dan yang paling teruk sekali......hari tu balik rumah kemudian dengan konpiden sekali mo ambil kunci rumah kiranya mo kunci grill rumah lah konon....selongkar2 bag tiada....siap tuduh hubby lagi ambil kunci rumah tidak letak balik dalam bag (kunci rumah kitaorang ada 3 set, satu set saya pegang, yang dua set lagi hubby pegang....yang selalu guna kunci yang saya pegang tu...)...check punya check...selongkar2...baru teringat...alamak !!! (sambil tepuk dahi) flash back --> tadi pagi masa dudukkan Baby Damia di baby seat dalam keta tu, tangan penuh sangat dengan bag lagi, kunci rumah lagi, untuk mengejes si Damia di baby seat tu selamba jak tangan 'ampai' kunci rumah tu atas bumbung keta.....lepas ok jak si Baby Damia duduk di baby seat tu terus masuk keta dan drive......jadi semua pun tahu apa yang akan berlaku dengan kunci rumah atas bumbung keta tu.....emmm satu hari kena bebel oleh hubby...
*
*
Apa yang menyebabkan seseorang itu mudah LUPA :-
  • kuat sangat makan kepala ikan ( ni masa zaman2 sekolah rendah dulu memang suka makan kepala ikan goreng...rangup dan sedap...mungkin tu kuat lupa ;p)
  • suka makan makanan asam2 dan jeruk (makan juga tapi tidaklah ketagih tahap gaban)
  • makan semut ( yaiihh semut seekor masuk dalam minuman pun sudah geli, ada pula makan semut)
  • Minum semasa makan (ni dia tabiat saya yang paling buruk...suka sangat minum masa sedang makan nasi tu...suda jadi tabiat sejak kecil lagi, sekarang tidak boleh ubah dah...)
  • Tun Mahathir cakap - Melayu mudah lupa (rasa2 ada kena mengena kah ni dengan penyakit lupa saya tu....emmmmm)


Comments

  1. hahahaha..yg tang Tun Dr Mahathir ckp tu ada kaitan ke dlm ini kes. mmg kelakar la awk ni. hehehe

    ReplyDelete
  2. Itu yg saya sedang kaji skg ni....emmmm (sambil sapu2 dagu)...

    ReplyDelete
  3. eryati...ada kawan pelupa rupanya...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa