Skip to main content

SARINGAN HIV/STI PERCUMA DI KOTA KINABALU

SARINGAN HIV/STI PERCUMA DI KOTA KINABALU | Bila bercakap tentang HIV, masih ada masyarakat yang tidak tahu dan takut dengan HIV. Kali ni saya akan berkongsi dengan anda apa itu HIV dan bagaimana hendak membuat saringan percuma.


HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Bagaimanakah HIV merebak?

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

-Darah
-Air mani
-Cecair faraj
-Susu ibu


HIV boleh merebak melalui:

-Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
-Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
-Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
-Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

-Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
-Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
-Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
-Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
-Gigitan nyamuk

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Bagi anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu anda cukup bertuah di mana SASSH dengan kerjasama KK City Wellness Centre, memberikan saringan HIV dan STI kepada anda secara percuma. Warganegara ataupun bukan warganegara anda layak membuat saringan HIV dan STI secara percuma.

Setelah anda menjalankan ujian HIV & STI, anda akan menerima keputusan anda dalam masa 15 minit, yang paling penting maklumat anda akan dirahsiakan. Sesi Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian juga akan diberikan kepada anda.

Bagaimanakah untuk membuat temu janji?

Anda boleh membuat temujanji melalui applikasi whatsapp di +60128693445 (En Muhammad Yazid) sekurang-sekurang sehari sebelum hari temujanji.

Waktu operasi:

Hari: Isnin - Jumaat 
Masa: 8.00pagi - 4.30 petang
Tempat: KK City Wellness Centre (Klinik kesihatan ibu dan Anak Pekan, Kota Kinabalu)

Tentang SASSH

Sabah Aids Support Service And Humanitarian Aid Relief Association (SASSH) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 21 November 2018. Penaung SASSH iaitu YB DR Daud Bin Yusof dan di Pengerusikan oleh Muhammad Yazid Bin MatDaud.


SASSH adalah pautan kepada perkhidmatan sokongan HIV dan komited untuk melengkapkan perkhidmatan sedia ada dari semasa ke semasa.

Diantara matlamat NGO SASSH:

- Membantu terutama sekali berkaitan dengan tugasan atau sasaran KKM dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS dan STD.
- Menjadi pemangkin kepada fasa seterusnya: penjagaan, rawatan dan sokongan kepada pesakit HIV/AIDS dan STD.
- Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit yang dijangkiti HIV/AIDS dan STD.
- Melaksanakan program rujukan awal rawatan, pemulihan dan khidmat sokong bantu.
- Menyediakan rumah pelindungan kepada pesakit-pesakit HIV/AIDS.
- Memberi bantuan kemanusian kepada mangsa bencana alam.

Bagi anda yang ingin menyalurkan dana anda boleh menghubungi:

01110183445 (En Muhammad Yazid)
0168064815 (Pn Sebrina Lee)
0125673445 (Pn Ajijah Yusop)

Jangan lupa untuk follow SASSH di

Comments

  1. jangan lepaskan peluang ni sebab jarang ada saringan HIV yang terbuka macam ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa