Makan Ambuyat Sedap di Brunei Satay House Indah Permai!

Assalamualaikum. Hi korang .. pernah dengar perkataan 'ambuyat'? Mesti pernah kan. Makanan tradisi suku kaum Brunei dan Bisaya yang diperbuat daripada sagu rumbia ni sangat popular tau di Sabah. Dimakan bersama ikan rebus, ikan ampap dan ulam-ulaman menggunakan penyepit khas dipanggil 'candas'. 
Tapi kan serius dan jujur Kmia belum berkesempatan merasa makanan ni sehinggalah hari sabtu tu Kmia dan rakan-rakan blogger yang lain dijemput merasa sendiri keenakan ambuyat di Restoran Brunei Satay House yang berlokasi di  Blok E, Tingkat Bawah, Lot 6, Bangunan Kedai Indah Permai, Kota Kinabalu.

Restoran Brunei Satay House. Waktu operasi - Sabtu hingga Khamis dari jam 12 tengahari hingga 10.30 malam manakala hari Jumaat pula dibuka dari 1.30 petang hingga 10.30 malam

Restoran ni mula dibuka pada tahun 2004 di Daerah Beaufort. Berkonsepkan hidangan Melayu Brunei, restoran ini menjadikan Satay sebagai menu utama mereka. Disamping itu juga pelbagai menu lain ditawarkan seperti Kelupis, Kochung, pelbagai hidangan set nasi dan semestinya Ambuyat!

Set Hidangan Satay - RM23.90 (Set B) termasuk 8 cucuk satay ayam, 8 cucuk satay daging, nasi impit, timun, bawang dan juga french fries

Selain satay ayam dan daging juga ada satay kambing dan satay perut. Setiap hidangan satay dihidangkan dengan kuah kacang yang sedap. Dan jujur Kmia cakap, antara kuah kacang terbaik pernah Kmia rasa.


Tidak lengkap hidangan satay kalau tidak dimakan bersama Kelupis dan juga Kochung. Selalunya hidangan ni hanya disajikan pada perayaan tertentu seperti Hari Raya, tapi di restoran ni ianya dihidangkan pada setiap hari. Masing-masing dijual pada harga 90 sen sebiji.

Kelupis dan Kochung dimakan bersama kuah kacang .. nyaman!
Selain menu utama, ada juga menu a la carte yang pastinya buat kamu rambang mata mo memilih. Cam Kmia lah tu, bila semuanya dihidangkan di depan mata terus blur sekejap, tidak tahu mana satu yang dimakan dulu hehe.

Kamurang nampak tu .. penuh satu meja dengan makanan yang pelbagai

Nasi Ayam Penyet

Nasi Kambing Hitam

Nasi Butter Chicken BSH

Nasi Kuning Ayam Madu

Sup Isi Ikan
Ini baru sikit menu yang dihidangkan hari tu. Sebenarnya ada banyak menu lain yang korang boleh pilih dan harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan.

Bukan sahaja makanan tetapi juga ada pelbagai jenis minuman yang sedap dan mampu menyegarkan tekak korang hehe. Yang selalu menjadi pilihan pelanggan adalah ABC Special, Bandung BSH, Blue Ocean, Milo Tabur Special, Thai Green Tea dan Choco BSH Smoothies.

Antara minuman pilihan pelanggan

Dan menu yang paling Kmia tunggu-tunggu -sebab belum pernah makan- hehe adalah Set Ambuyat Brunei Satay House! Sebenarnya ini bukan pertama kali Kmia makan di restoran ni. Tetapi kalau singgah makan di sini Kmia selalu order Set Satay dan juga Mee Karinya. Tak terpikir pula masa tu nak order Set Ambuyat tu sebab belum pernah ada niat untuk makan. Kenapa? Sebab Kmia tak suka makan sagu dan ambuyat itu diperbuat daripada sagu.

Set Ambuyat Brunei Satay House cuma berharga RM12.90! Sesuai untuk hidangan 2-3 orang

Dan jeng jeng jeng .. walaupun failed guna candas tu tetap juga diteruskan niat mahu merasa sendiri ambuyat. Dan memang ternyata sedap. Tekstur ambuyat ni lembik-lembik gitu ala ala jelly dan tidak berasa tetapi yang menjadikan ianya sedap sebab dicicah dengan hidangan sampingannya, Kuah Ampap Ikan Basung, Sambal Asam, Kangkung Tumis dan juga ulam ulaman. Yang ini memang Kmia recommend kamurang merasa sendiri Set Ambuyatnya, sedangkan Kmia yang baru first time merasa dah jatuh cinta inikan yang kamurang yang memang sudah biasa makan.

Wakil Sabahan Blogger hari tu - YazidMiaMyraLizaLindaYatieLan &Joe dan Jun-Zie bergambar bersama empunya restoran En Ag Shahril Ag Ali.
Foto dari Myra

Bagi mereka yang berada di luar Kota Kinabalu korang jangan risau .. restoran ini juga mempunyai cawangan di Tuaran, Beaufort dan juga Papar. Jadi jangan ditunggu lama-lama lagi, cepat tah kita ke Brunei Satay House!

Info lanjut boleh hubungi mereka di

Telefon
016 8435981

Facebook

Instagram

Website



3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. macam Mia... sedap kan ambubyat~ bayangkan dulu masa kecik2 myra makan every weekend oh yummmm!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. teringin sangat nak makan ambuyat ni tau.selalunya nampak kat video or kat ig je orang makan ambuyat...harap dapatlah jejak ke sabah nanti..nak jumpa Mia...hehehe

    ReplyDelete
  3. Teringinnya nak makan ambuyat tu, one day nak jugaaa rasa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post