|
Malam Denim & Diamonds! |
Kota Kinabalu, Sabah - Jumaat 22hb Feb 2019 | Semalam Hotel Promenade Kota Kinabalu telah berpeluang mengadakan Majlis Makan Malam Penghargaan yang telah dihadiri oleh para pelanggan setia mereka, wakil dari sektor kerajaan serta korporat, agensi pelancongan,
online travel agent, rakan-rakan media dan juga
influencers. Lebih 300 orang tetamu hadir, masing-masing datang bergaya dengan pakaian denim dihiasi aksesori yang 'blings-blings' sesuai dengan tema makan malam
Denim & Diamonds.
Malam itu, pihak pengurusan Hotel Promenade Kota Kinabalu berpeluang untuk menyatakan Terima Kasih! di atas sokongan yang tidak berbelah bagi, kepercayaan dan pengiktirafan yang diperolehi sepanjang beberapa tahun yang lepas. Ungkapan terima kasih ini dinyatakan oleh En.Hafizan Wong, Pengurus Besar Hotel Promenade Kota Kinabalu di dalam ucapan pembukaan beliau.
|
En. Hafizan Wong |
Acara malam itu dimulakan dengan persembahan tarian penuh tenaga oleh
Borneo Rumble Kids diikuti persembahan nyanyian
Essential Trio dari
Lobby Launge hotel. Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada
'supportive establishments' di atas prestasi cemerlang mereka pada tahun 2017 & 2018.
Games menarik, cabutan bertuah dan juga anugerah Best Dressed lelaki dan wanita juga turut diadakan pada malam itu bagi memeriahkan majlis!
|
Borneo Rumble Kids |
|
Essential Trio |
|
Twinkle-Twinkle Little Star Game! |
|
Pemenang Kahoot! Game |
|
Pemenang Anugerah Best Dressed kategori lelaki dan wanita |
|
Antara penerima anugerah kecemerlangan |
Satu anugerah khas,
Golden Star Award disampaikan kepada Sabah Tourism Board di atas sokongan berterusan mereka dalam industri perhotelan. Hotel Promenade Kota Kinabalu akan meneruskan kolabrasi dengan mereka dalam mempromosikan keindahan Sabah - Negeri Di bawah Bayu. Anugerah khas ini disampaikan kepada Pengurus Besar Sabah Tourism Board, Puan Suzaini Ghani.
|
Penyampaian Anugerah Khas kepada Sabah Tourism Board |
Majlis berakhir pada jam 9.30 malam. Dan sebelum balik para tetamu mengambil kesempatan bergambar di sudut menarik venue makan malam sebagai kenang-kenangan.
Note : Foto kredit to Lan and Yatie!
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!