Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Asnaf As-Sakinah dan Tahfiz Al-Quran Masjid Pekan Menggatal di Hyatt Regency Kinabalu

Assalamualaikum .. 07 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H | Kmia berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama  lebih 40 orang Anak Yatim Asnaf As-Sakinah dan Tahfiz Al-Quran Masjid Pekan Menggatal yang diadakan di Tanjung Ria Kitchen, Hyatt Regency Kinabalu.


Majlis ini turut dihadiri oleh pihak pengurusan atasan Hyatt Regency Kinabalu termasuk Pengurus Besar Hotel, Mr Thor Gervasi. Selain itu pekerja-pekerja hotel dari pelbagai department juga turut dijemput untuk memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut. Ini merupakan salah satu aktiviti sosial kemasyarakatan hotel yang mana menurut Pengurus Besar mereka adalah penting untuk sama-sama berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan.




Setengah jam sebelum berbuka, para tetamu dijemput memilih juadah masing-masing di bahagian Buffet Ramadhan, Tanjung Ria Kitchen dimana terdapat lebih 100 menu menjadi pilihan.




Majlis berbuka puasa ini diakhiri dengan pemberian duit raya dan juga manisan kepada anak-anak yatim Asnaf As-Sakinah dan juga tahfiz Al-Quran Masjid Pekan Menggatal. Sebelum mereka bersurai untuk menunaikan solat isya dan terawih, mereka bergambar beramai-ramai dengan pihak pengurusan atasan pihak hotel Hyatt Regency Kinabalu.




Buffet Ramadan Tanjung Ria Kitchen, Hyatt Regency Kinabalu

Bermula 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018. Harga RM160 net seorang dan separuh harga untuk kanak-kanak. Lebih 100 hidangan ditawarkan dimana menampilkan Bubur Durian, Cheese Nan dan Oxtail Assam Pedas di samping kambing panggang sebagai signature dish mereka.





Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Official IG atau Official FB atau call di talian 088 221234.
Atau terus berkunjung ke hotel yang terletak di
JALAN DATUK SALLEH SULONG
88991 KOTA KINABALU, SABAH.


5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. semoga anak2 ini sentiasa dilindungiNya..

    ReplyDelete
  2. seronok dapat merasa meraikan majlis berbuka puasa dengan anak² yatim...rindu nak buat program dengan anak² yatim ni

    ReplyDelete
  3. Rata rata harga buffet Ramadhan mmg Rm100 ke atas ye Mia. Tak de yg bawah Rm100. Tp nampak makanan dia mmg berbaloilah dengan harga. Ok lah kan....

    Bila difikir fikirkan terasa sayang pulak nak pi makan kat sini kalau pakai duit sendiri kecualilah kalau org belanja hihi

    ReplyDelete
  4. My brother recommended I might like this web site. He was totally right. This post actually made my day. You can at imagine just how much time I had spent for this info! Thanks! pay someone to write my research paper

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post