Assalamualaikum
ROSEWOOD HOME COTTAGE KUNDASANG | Hari tu aku dah janji nak share kan di mana kami stay semalam JJCM ke Kundasang bulan Ogos yang lalu kan.
Kira hari tu nak stay di COTTAGE HOTEL tapi bilik biasa dah fully booked lah pulak.
Yang tinggal cuma bilik yang agak mahal sedikit harganya. Cam tak berbaloi pulalah kan.
Ok try homestay pulak. So aku google2 lah homestay murah di Kundasang. Terjumpalah satu tempat ni. Kecik dan murah. Bab keselesaan dan kebersihan tu aku tak pasti pula sebab first time nampak homestay ni.
Urusan booking membooking hanya melalui whatapps sahaja (zaman sekarang kan beli-beli main whatapps saja).
Tempat ni kata owner tu mudah ja nak jumpa. Masuk sikit je ke Jalan Mesilau tu, Nampak signboard Klinik Kesihatan Kundasang, cottage ni hanya bersebelahan sahaja dengan klinik.
Betul katanya, memang mudah nak cari.
Kundasang Rosewood Home Cottage, pemilik dia bumiputra muslim. So korang jangan risaulah. Benda-benda yang tak sepatutnya tak boleh bawa masuk ke kawasan cottage ni.
Ni kira tempat check in dia lah. Masa check in seperti biasa tetapi boleh juga check in awal jika bilik dah tersedia. Kat belakang tu sebenarnya boleh nampak Gunung Kinabalu.
Tapi masa snap ni, gunung terselindung di sebalik awan tebal tu.
Yang best masa check in ni, owner tu bawa kitaorang tengok bilik yang kita book tu. Dia suruh check ok ke tak, kitaorang selesa ke tak. Kalau korang setuju, barulah dia bagi kunci dan bayar.
Meaningnya, dia tak paksa kita masuk ke bilik tu kalau kita tak suka walaupun kita dah book awal.
Bestkan. Korang faham-fahamlah kadang-kadang apa yang kita nampak kat internet tu, tak sama dengan realitinya.
Bilik yanng kitaorang book. Bilik H. Katanya sesuai untuk size keluarga cam kami ni, 2 dewasa, 3 orang kanak-kanak. Haipp! jangan tengo luaran cam kecik. Kita check kat dalam dulu. Bila tengok bilik ni kan, korang pernah ke tengok filem Stuart Little tu, rumah dia ala ala cam bilik ni, dihimpit oleh 2 bangunan besar,
Ok kita gerak ke depan sikit.
Rupa bentuk dalam bilik ni. Nampak ja kecik, tapi dalam dia luas. Ada ruang tamu. Dorang ada sediakan TV yang dilengkapi siaran Njoy. Ada 2 katil besar. Kira 3 sebab yang satu tu katil bertingkat kan. Jag elektrik juga disediakan.
Aku kalau nak stay kat mana-mana, paling cerewet bab tandas dan tempat mandi. Ok tandas kat bilik ni memuaskan. Sabun mandi segala tu korang bawalah sendiri ye, dah namanya homestay. Tapi kan yang best kat sini, dorang sediakan tuala mandi. Jarang-jarang homestay camni sediakan tuala mandi untuk tetamunya. Tapi hari tu aku adalah juga bawa siap-siap tuala sendiri, tak sangka pula ada 5 helai tuala dorang sediakan.
Harga bilik yang kami book ni hanya RM120 net semalam. Berbaloi kan. Harga-harga bilik yang lain korang boleh search kat FB dorang. Ada yang semurah RM80 rasanya.
Jom kita tengok bilik-bilik lain yang ada kat cottage ni.
Rate aku kat cottage ni ****/5 (4 bintang lah tu)
cantik tempatnya sis... mmg berbaloi...
ReplyDeleteyang penting bersih dan kemas kan Mia... lagi pun kita banyak berjalan... just utk tidur dan berehat.. kira murah lah tu RM120 semalam.. boleh jimat banyak di situ :)
ReplyDeletewah...macam best je tempat ni...
ReplyDeleteHarga berpatutan, bersih dan benda2 basic disediakan. Kira ok sangat tu.
ReplyDeleteKalau kakak memang lebih suka duduk macam ini berbanding di hotel Mia
ReplyDeleteSebab rasa kakak yg ini lagi privacy. Lagi kalau ala-ala kampung - mendamaikan.
Saya jarang tempah homestay sebab keluarga pun tak besar mana. Tapi kalau dah murah dan selesa, apa salahnya mencubakan.
ReplyDeleteAlahai, Kundasang! Bilalah masuk ke sana nih! Stress! Stress kalau memikirkan pasal cuti nih!
Mark! Boleh masuk list :)
ReplyDeletemurah tu..boleh masuk list ni.
ReplyDeleteBerbaloi lah harga tu. Tempat bersih dan kemas yg penting.
ReplyDeleteDari segi harga memanglah homestay lagi murah ye Mia....tapi kalau dari segi keselesaan mmg le hotel lagi best, semuanya ikut kemampuan sendiri.
ReplyDeleteNak mengharapkan macamana lagi.... Ok sangat dah tu rasanya. Yang penting dapat tido dan mandi
Wah!murah juga! Takpe la..janji selesa untuk satu family tidur.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!