Skip to main content

Red Velvet untuk mu

Assalamualaikum

Red Velvet Cake

Sepotong Red Velvet Cake untuk mu gitu .... ceh mood romantik yang tak berapa romantik di pagi hari yang sedang hujan lebat ni. 
Semalam hari lahir hubby yang ke-38 tahun. Lagi 2 tahun nak masuk ke 40-an. Dah semakin menjejak usia kilauan emas gitu. Hubby bukan jenis orang yang suka buat sambutan birthday bagai ... cukup orang-orang yang disayanginya ingat. 
Tapi bininya ni nak juga bagi surprise gitu. Makan kecil-kecilan ja. Lepas balik kerja terus singgah Secret Recipe membeli sepotong dua kek. Kami anak beranak bukan peminat tegar kek, makan sepotong tu dah cukup dah. Kalau beli yang sebiji mau sebulan membeku dalam esbok. 


Durian Cheese Cake

Dah lama tak beli kek di Secret Recipe ni. Last sekali makan rasanya harga sepotong kek cuma dalam RM7 lebih gitu. Semalam beli mak aih! sepotong RM9 ... ish ish ish mahal gilak. 
Tapi belilah juga memandangkan kek dari Secret Recipe memang sedap gitu. Walaupun mahal tapi bertepatan dengan taste dan mutunya.
Aku ambil 2 potong kek, Red Velvet dan Durian Cheese. 
Aku belikan juga anak-anak kudapan, isi ayam goreng garing dari Pakcik Bob. Tak kenal sapa Pakcik Bob ... dalam bahasa orang putihnya Uncle Bob :)


Isi ayam dari Pakcik Bob!

Di rumah, bagi hubby test dulu kek birthday dia .... takut juga tak menepati selera dia. Hubby makan sambil terdiam .... emmmm ibu jari terangkat terus, Durian Cheese Cake memang sangat sedap! Macam ko sedang makan buah durian gitu. Sedap ya ampun hingga sikit lagi hubby terlupa akan dietnya. Nasib baik hubby sedar sebelum terlambat kihkihkih ... Cukuplah katanya sesuap dua. :P
Kuat semangat hubby kalau pasal diet ni. Kalau aku memang tak dapatlah menahan godaan, nak-nak depan mata ko ada Red Velvet Cake yang merah menyala, lemak berkrim tu.  
Sudahnya bininya ni yang abiskan 2 potong kek tu, hubby on diet, anak-anak pula tak berapa gemar kek yang bercheese ni, favorite dorang chocolate moist cake tu je. 

Lepas makan-makan, anak2 berganti-ganti wish babanya 'Selamat Hari Jadi' sambil kiss pipi baba. Tiba giliran uminya ni, Ok Damia halang tau (padahal bukan betul pun aku nak kiss babanya depan2 kihkih, malu lah wei). Pompuan dan lelaki tidak boleh cium2 tau, berdosa! marah Damia :P
Shamzi pula menyampuk .. aiihh boleh ba kalau sudah kawin .. 
Damia bidas lagi aiik mana boleh pompuan sama lelaki kawin! 
Shamzi tidak puas hati bole bah kalau suda besar nanti ... nda kan ko mau satu-satu orang ..
Gulppp ... nak ketawa ke nak berpikir sejenak ... jauhnya perancangan Shamzi ni ..
Belum sempat Damia bersuara lagi, Ok baba dah besarkan mata, pegi bilik masuk tidur! takut ntah apa lagi yang dorang melalut nanti ... 

Hai lah anak-anak, tersenyum juga aku bila teringat. Kadang-kadang ko tak sangka ayat sebegitu akan keluar dari mulut seorang budak berumur 8 tahun kan. Jauh bezanya dengan kita dulu kan. ish ish ish ....




Comments

  1. Itulah kakak salute betul dgn cikgu ni - kuat semangat
    Kalau kakak kek dah depan mata mana cukup 1-2 suap

    Happy birthday buat en hubby Mia.

    ReplyDelete
  2. mahal sekarang SR.. tp tulah kek dia bolh tahan.. x pernah lg rasa durian tu..

    happy birthday buat huby Shumie

    ReplyDelete
  3. Salam BW dari Diari Dandelion.

    Kebanyakan perut encik suami kat malaysia ni makin maju ke depan selepas kahwin.
    Jadi langkah your hubby nak diet tu kira tepatlah.
    Walaupun tak dapat santap kek kegemaran dia... ~_^

    Eh bebudak zaman sekarang memang advance tau
    Dulu umur 8 tahun kita dok main baling selipar lagi
    Zaman la ni nak main game pon pakai tipon..

    ReplyDelete
  4. sedapnya red velvet! kalau ade cheese lagi sedap... meleleh-leleh hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....semoga kehidupan terus diberkati.

    ReplyDelete
  6. Budak sekarang dengan kita dulu mana sama. Budak sekarang ni boleh aje diajak berdiskus isu-isu semasa, lagi-lagi yang melibatkan mereka dan keluarga ^_^

    Kelakar pulak tengok mereka dua beradik duk berbalah. Alah, makpak nak kiss light-light ajelah. Kiss pipi aje pun ~_^

    ReplyDelete
  7. Mia teringin pulak mak nak rasa durian cheese SR tu. Selalu tengok aje.....entah kenapa tak terbeli pulak, tapi sekarang ni bukan musim durian mesti dah tak dekan....

    Mak rasa Red Valvet SR tak berapa sedaplah Mia...sedap lagi AEON punya kek....Tekak maklah.

    Bila dah nampak banyak kg turunnya, tu yg jadi kuat semangat tu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang