Pakaian Muslimah Paling Popular - Mia - Memories of Mine

Latest

Wednesday, October 12, 2016

Pakaian Muslimah Paling Popular

Assalamualaikum


Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Pendek kata, baju-baju korang yang ada dalam almari tu jangan diperam ja, pakai selagi masih boleh dan up to date ... hehe 

Dunia fesyen di Malaysia sudah terbiasa dengan koleksi pakaian wanita terkini yang moden. Namun sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend fesyen terkini di Malaysia mengalami perubahan yang cukup ketara. Perubahan yang dimaksudkan ialah tentang perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang semakin menjadi pilihan dalam kalangan fashionista di Malaysia.

Mari kita lihat 3 jenis PAKAIAN MUSLIMAH POPULAR popular untuk tahun 2016!




Baju kurung terkini untuk wanita boleh didapati dengan rekaan yang lebih segar sesuai dengan arus fesyen semasa di negara ini. Malah ianya cukup versatile untuk digayakan walau ke mana jua terutamanya ke majlis-majlis istimewa seperti kenduri perkahwinan dan majlis makan malam. 
Dalam masa yang sama anda turut boleh memakainya ke pejabat dan pastinya penampilan anda yang ayu akan menyerlahkan personaliti di tempat kerja.




Jubah adalah sejenis pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah, jubah dress kini semakin terkenal dalam kalangan wanita. Malah long dress ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berumur namun sesuai untuk semua lapisan umur. Kajian membuktikan ianya merupakan dress Muslimah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja dan wanita muda juga. Yang ni aku sangat bersetuju sebab ianya mudah dipakai, selesa, cantik dan sopan. 






Pakaian Muslimah moden seperti blouse Muslimah dan Muslimah top yang lain kini menjadi pilihan ramai anak muda dan remaja kerana mudah digayakan serta sesuai dengan trend fesyen Muslimah terkini.

Ini cuma beberapa fesyen Muslimah yang sedang meletop sekarang. Korang boleh juga lihat fesyen yang lain di Pakaian Muslimah Popular




6 comments:

  1. Baju kurung tetap menjadi pilihan :D

    ReplyDelete
  2. Baju blouse dan top pakai time leisure keluar g jln2 atau shopping mall.

    ReplyDelete
  3. Baju blouse dan top pakai time leisure keluar g jln2 atau shopping mall.

    ReplyDelete
  4. cantik2 semuanya Mia.. mo terjah Zalora lepas ni..hihi

    ReplyDelete
  5. Cantik cantik semuanya.....Alangkah baiknya kalau mak kurus hihi.... Tak payah susah susah nak cari saiz

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!