Skip to main content

Saya Sangat Cemburu!

Assalamualaikum

Haruslah bagi salam dulu. Sebelum aku nak luahkan perasaan cemburu yang membuak-buak ni. 

Orang tu lah ... start bulan 5 hari tu dia dah buat perangai. Bertungkus lumus pula tu. Hari-hari dia buat perangai depan aku. Dah lah memang siang malam memang aku menghadap muka dia. 
Masa dia buat 'perangai' tu, dia tak peduli pun sapa-sapa kat tepi dia. Termasuklah aku. 

Kalau benda tu tak bagi kesan kat aku, tak apalah. 
Ni dah menimbulkan satu perasaan yang sangat lain kat dalam diri aku. 
Ya!!! Aku cemburu tau ... sangat-sangat-sangat cemburu. 


Jelesnya aku ... lebih-lebih lagi bila nampak hasil daripada perangai dia yang luar biasa tu. 
Naluri kewanitaan aku tercabar tau! Nak-nak lagi yang buat perangai tu laki ko sendiri ... arrggghhh!

Haiipppp! Mulalah tu korang nak berprasangka yang bukan-bukan .. kan kan kan. 
Pembuka ayat haruslah bagi orang tak senang duduk .. nak korang tertanya-tanya ... apa yang berlaku ni !! 
Apasal hal rumah tangga nak cerita kat blog pulak 😒😞

Relakslah korang ... tak ada benda pun. Ni gara-gara hubby aku tu lah. Program diet dia berjaya. 
Korang bayangkan dalam bulan 5 dua start berat badan dekat 90kg. 
Minggu ni dia timbang dah turun 70kg. 
Ko tak jeles ke? 10kg ja beza berat dengan aku ... huhu
Semalam dia berlari naik tangga ke tingkat 3, pastu terus check tekanan darah. Normal kata doktor. Bayangkan berlari2 naik tangga, tapi tekanan darah masih normal. 
Jeles aiii tapi dalam hati alhamdulillah. 

Hari ni aku dah nekad ko (untuk permulaan 😅).. tak mau guna lif untuk naik ke office aku yang berada kat tingkat 3 tu. 
Pagi tadi secara rasminya aku mulakan misi .. hehe. 
Tingkat 1 ok lagi. Sampai tingkat 2 .. terkapus2 ko (semput) .. ketara lah tak pernah work out. 😂😅
Tak pa ... kita buat hari2 .. lama2 ok lah tu .. chaiyok ! chaiyok !



Comments

  1. Bukan ko sorang aje yg cemburu Mia....mak pun cemburu jugak ni. Weyh dia tak makan nasi langsung ke? Tak perlah, mak nak mulakan kurangkan makan nasi dulu....Kalau tak makan nasi langsung macam menggigil je, mcm tak boleh aje. Terbayang weyh kerabu babat dengan ikan bako tu....

    ReplyDelete
  2. ahahhaa..ingat kan cemburu sebab apa... Tahniah buat hubby mu! Boleh tu Mia...pelan2 jak... aku skrg dari 57kg ke 50kg... haha.. diet (kurang mkn nasi & skipping)... chaiyokkkk :)

    ReplyDelete
  3. caiyookkk....kita dah turun 3 kilo...ngeeee

    ReplyDelete
  4. OOooo..gitu rupanya..SB nak extra 3 kilo ni, sapa boleh tolong kasi sikit

    ReplyDelete
  5. Banyak turun nya ya mia...tabah sungguh suami mia berdiet ya.Cemburu untuk kebaikan takpe...Akak pun cemburu dengan suami akak ,berat badan dia maintain je sejak dulu.

    ReplyDelete
  6. Banyak turun nya ya mia...tabah sungguh suami mia berdiet ya.Cemburu untuk kebaikan takpe...Akak pun cemburu dengan suami akak ,berat badan dia maintain je sejak dulu.

    ReplyDelete
  7. pernah terpk gk nk naik tangga tp office ting 8 haha tp nti beria berpeluh2 sampai opis pulak ;p

    ReplyDelete
  8. Bagus suami sendiri dijadikan mentor
    Bukan mudah Mia kalau tak kuat semangat memang tak menjadi
    Kena ada yg dijadikan sumber inspirasi utk mencapai misi.

    ReplyDelete
  9. Jom diet nasi jom..dh lama x buat diet nasi ni..dh naik balik badan SA

    ReplyDelete
  10. Wow! 10kg...
    Kaklong mampu diet beberapa minggu je.. Ni dah tak diet balik dah, HUhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang