Sebab Membeli Jam Tangan Fossil

ENTRI MELEKAT, SCROLL BAWAH UNTUK ENTRI BARU

Assalamualaikum

Siapa yang minat dengan jam tangan? Aku memang minat dan wajib bagi aku untuk pakai jam tangan. Senang nak tengok masa, lagipun dah terbiasa dari dulu pakai jam tangan kalau tak tangan cam terasa kosong jak.
Jam tangan jenis apa yang aku suka dan jenama apa ?? Tak kisah apa jenama lagipun sekarang ni dah banyak pilihan, cantik-cantik dan berpatutan.

Antaranya jam tangan yang dikeluarkan oleh Fossil. Cantik menarik tertarik jam tangannya. Fossil? Ok aku terangkan kat korang semua tentang Jenama Fossil ni.

Ditubuhkan lebih daripada 30 tahun yang lalu, Fossil merupakan jenama dari Amerika yang menawarkan koleksi pakaian dan aksesori terutama sekali koleksi jam tangan.
Sehingga hari ini, Fossil semakin komited menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti dan dikenali di seluruh dunia.
Di Malaysia sendiri, jenama ini amat diterima baik oleh para penggemar fesyen dan kini Fossil mempunyai beberapa cawangan di setiap pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota.

Di antara produk Fossil yang paling diminati adalah KOLEKSI JAM TANGAN FOSSIL dan tahukah korang apakah sebab-sebab mengapa korang harus membeli jam tangan Fossil ??




Semua sedia maklum bahawa koleksi jam tangan Fossil adalah amat berkualiti dan dibuat dengan teliti. Segala material yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang terbaik demi memastikan jangka hayat yang lebih panjang.





Selain sentiasa memastikan kualiti produk yang terbaik, Fossil juga amat menekankan rekaan setiap jam tangan yang ditawarkan, dalam erti kata yang lain, setiap koleksi jam tangan Fossil adalah dihasilkan menepati citarasa korang.



Dan sebab ketiga adalah sememangnya Fossil merupakan satu jenama yang boleh korang percayai dan mempunyai reputasi yang baik. Oleh yang demikian, korang mempunyai banyak sebab untuk memilih jenama ini sebagai jenama kegemaran korang. Jadi, miliki seutas jam tangan Fossil hari ini juga dan rasai sendiri pengalaman korang bersama Fossil







9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. terima kasih sb share kan!!sebab izwa mmg tgh cari jam utk husband..dia terhilangkan jam mase solat..ukuhs..org curi >_<

    ReplyDelete
  2. Salam pagi selasa...
    singgah pagi di sini...
    melawat rakan² blogger tersayang :)

    ReplyDelete
  3. Ada gak satu jam fosil ni. Tp yg seramik tu. besar dan berat jadinya

    ReplyDelete
  4. cantiknya memang suka brand nie

    ReplyDelete
  5. Cantik. Jam tak pernah bertukar. Masih setia dgn jam tangan masa kawin dulu ☺

    ReplyDelete
  6. suker handbag dia. cantek dan taham lama

    ReplyDelete
  7. Pak Jilap suka riki Jam Tangan.....entah apa yg di tengoknya pun mak tak tau haha....
    Emmm...cantik jugak design dia ni...

    ReplyDelete
  8. memang cantik...kat Australia jam Fossil ni murah.

    ReplyDelete
  9. The polish of these watches is followed through on off with their costs. In this way, if your watch doesn't have that extravagance feel, you might have the phony watches. The modest Rado watches have a floppy or drowsy logo on the crown that damages the inventiveness of the brand.seiko submariner kermit

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post