Assalamualaikum
Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadan kita hari ni. Semoga segala amalan kita pada tahun ini diterima dan diberkati olehNya.
Semoga segala dugaan dan cabaran yang mendatang akan dapat ditempuhi dengan tenang, khasnya nasib penduduk Kundasang dan Ranau sekarang. Sudah beberapa hari bekalan air bersih terputus akibat loji air rosak oleh banjir lumpur isnin lepas.
Sedangkan kita sehari pun tiada bekalan air sangat susah, tergendala segala urusan harian, inikan mereka yang sudah beberapa hari tidak mendapat bekalan air bersih. Nak2 lagi dah masuk bulan puasa ni, besar sungguh dugaan mereka. Seminggu yang lepas dugaan gempa bumi, minggu ni pula banjir lumpur.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh segalanya dibulan ramadan ni.
Salam Ramadhan
ReplyDeleteSalam ramadan dan selamat berpuasa babe.
ReplyDeleteselamat berpuasa pada mia sekeluarga :)
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah berpuasa
ReplyDeleteselamat menjalani iabdah puasa
ReplyDeleteSalam Ramadhan Mia.....besar sungguh dugaan buat mereka, moga mereka tabah hendaknya
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!