Kerabu mangga udang kering

Assalamualaikum

Aku sejak hari tu semasa di kampung, memang dah aim2 segugus mangga muda depan rumah. Elok jak buahnya, rendang tinggal ku petik saja. 
Hinggalah tengahari tu aku tanya bapa ... mangga tu boleh dipetik ke, yalah mana tau mak dah book ke, kakak ke .. kata bapa apa pula tak boleh petik ... ambik ja.

Dan tanpa berlengah ... turun tangga rumah berselipar jepun, pegi ke arah segugus buah mangga tu. Ada 4 biji kesemuanya, sedang2 besarnya. Tapi bila belek kembali, hanya 3 biji yang boleh dipetik, sebiji lagi dah separuh dimakan 'basing'.

Oklah 3 biji daripada tak ada. Balik rumah, kupas, potong2, tumbuk2 cili api ... siap kerabu mangga udang kering.


Dapatlah sepinggan penuh. Sedap dimakan dengan nasi putih. Aku tengok gambar ni rasa terliur lah balik pula. 
Resepi? Sangat sangat simple. Mangga yang telah dihiris2 digaul dengan udang kering (rendam dengan air panas dahulu) yang ditumbuk lumat bersama dengan cili api dan garam. Perisakan dengan gula dan aji untuk seimbangkan rasanya. Siap dan sedia untuk dimakan.



Note : Basing = Tupai



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. sedapnye, pagi2 perut lapar tengok kerabu mangga ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaykum dan Salam Ukhwah (^___^)

    is folo di #494

    ReplyDelete
  4. musim mangga kan ...kami ni blh dikatakan hari2 makan mangga kat pejabat ni hehe

    ReplyDelete
  5. Diam diam ya basing makan mangga hahaha. Adoi sedap ni, masam2 kecur liur. Ni kalau buh cili padi banyak banyak fuh fuh makan tak benti.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya....kalo saya suja goreng dulu udang kering tu..tapi kerabu mangga memang mabeles...dah terliur dh ni

    ReplyDelete
  7. Tak payah bawang yeh Mia....
    Pergh.... tengok gambar pun dah tau sedap...menjejes air liur ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post