30 tahun nanti

Assalamualaikum

Sebenarnya gambar memainkan peranan dalam menentukan emosi seseorang. Semalam selepas aku mengedit beberapa foto dengan anak2, tetiba perasaan menjadi sayu dan sebak.  

Aku cuba membayangkan yang aku di 30 tahun yang akan datang, sedang merenung gambar-gambar ini dan akan berkata sendiri, rindunya tengok dorang semasa kecil-kecil dulu. 

Anak2 Umi sudah besar, sudah berkeluarga, tinggal di rumah sendiri ..... bila mereka akan balik ke kampung. 




Begitu rupanya apa yang dirasakan oleh mak bapa kita di kampung. Setiap kali menelepon akan bertanya, bila kamu mahu balik ke kampung. 
Kita pun akan merasainya satu hari nanti juga. Itu pun jika kita sempat melihat anak2 dewasa, berkeluarga, berjaya .... semoga kita semua dipanjangkan umur olehNya dan diberi kesihatan yang baik.

Mood : Sayu dan sebak.


******************************************

Lazada Malaysia


12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. semoga dipanjangkan umur dan dapat melihat kejayaan anak2 mia..

    ReplyDelete
  2. moga kita dianugerahkan rezeki umur yg panjang lagi barakah...dpt lihat kejayaan anak cucu kita...insya allah

    ReplyDelete
  3. akak pun sebak ni...sorang lg ank akan meninggalkan kami..

    ReplyDelete
  4. sebak pulak bila pikit benda macam ni

    ReplyDelete
  5. Putaran kehidupan seiring dgn masa yg berlalu Mia
    Setiap kita mahukan yg indah-indah belaka.

    ReplyDelete
  6. Sebak baca entry mia ni...suatu hari nnt kita pulak yg akan melalui zaman tua kita..

    ReplyDelete
  7. Roda2 kehiduoan macam ni lah. Apa yg parents kita lalui akan berballik kepada kita pulak.

    ReplyDelete
  8. Sebak juga akak membaca entri Mia.. Semoga kita dipanjangkan usia utk melihat kejayaan dan mendidik anak2 kan Mia :)

    ReplyDelete
  9. Sebak juga akak membaca entri Mia.. Semoga kita dipanjangkan usia utk melihat kejayaan dan mendidik anak2 kan Mia :)

    ReplyDelete
  10. Emosi pulak dah......hehe.....
    Sama jer ngan mak kat kg tu.....kalau dah berganti bulan mesti tanya bila nak balik.....huhu...
    Gitulah roda kehidupan Mia yg tua akan mati, yg muda akan tua, yg kecik jadi besar...
    Moga Allah panjang umur dan dpt melihat mereka membesar dan berkeluarga satu hari nanti hendaknya

    ReplyDelete
  11. Itu lah kan...
    Kadang2 terfikir, sihat kah lagi kita masa tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post