Skip to main content

Umi ... saya minta maaf

Assalamualaikum

Dah hampir sebulan Shamzi bersekolah dalam darjah 1. Semalam dia di pindahkan ke kelas 1 Arif (1 A) selepas dapat keputusan yang baik dalam ujian penilaian kelas. Aku dah pesan kat dia, pindah ke kelas bijak ni sangat banyak saingan. Dia kena bekerja keras sedikit untuk dapatkan kedudukan di atas. 
Shumi pun begitu juga ... kena dua kali ganda usahanya kalau nak bersaing dengan rakan2 yang lain. Alhamdulillah dia masih lagi dalam kelas 3 Arif. 

Setakat ni Shamzi ok, dia dah pandai membeli di kantin, dah pandai ke tandas .. tahu di mana nak tunggu Uminya ambik pulang sekolah tu ... 
tapi satu jak yang masih tak berapa nak pandai. Dia agak cuai jaga barang2nya tu. 
Minggu pertama ... aku sampai jak ambik dia di sekolah ... Umi, saya minta maaf, pensil saya hilang ... ok aku tak marah. Biasalah kan budak, mesti ada barang yang hilang.

Esoknya balik ... minta maaf lagi. Pensil hilang. Ok tak apa. Bagi lagi Shamzi pensil.
Lusanya ... Umi .... saya minta maaf, pensil box saya hilang dengan duit satu ringgit saya ... ok sabar lagi. 
Tak payah guna kotak pensil, aku suruh jak dia simpan alat tulis dalam poket bag sekolahnya. Sekurang2nya kalau hilang pun tak hilang kesemuanya. 
Esoknya .... Umi ... saya minta maaf, botol air saya hilang ... aku nak marah tapi tak jadi bila tengok muka Shamzi yang cam bersalah tu .. nasib baik ada botol air spare di rumah.
Ok .. belum habis lagi ... ambik lagi Shamzi dari sekolah. Umi ... saya minta maaf, tali leher saya hilang ... emmm tak tahu nak marah ke tidak. Tiap kali dia hilangkan barang, dia terus minta maaf. Macam mana Umi nak marah kan. 

Umi ... saya minta maaf


Note : korang ada tips ke untuk kurangkan kadar kehilangan barang budak darjah 1 ni?


*********************************************************************************



Lazada Malaysia


Comments

  1. tk boleh lari dari kehilangan harta sendiri di sekolah..kita dlu yang sekolah pun asyik hilang aje walaupun dah ada tanda nama..hehe

    ReplyDelete
  2. Anak lelaki tak sama anak perempuan Mia. Sebab kawan-kawan mereka pun mesti ramai lelaki dan suka ambik-ambik itu yg hilang. Anak kakak masa tadika ada masalah hilang tapi dah tahun 1 ok dah. yelah... budak perempuan tak sama kan..

    ReplyDelete
  3. Sue x de pglmn. Anak masih di tadika. Alat tulis cikgu dah sediakan di sekolah.

    ReplyDelete
  4. kalau ada ucapan maaf macam gitu..siapa pun nda jadi marah kan mia..

    ReplyDelete
  5. wahhhh..bagusnya dia minta maaf..bijak..pandai umi asuh anak2. hehehe
    kalau awak nak tau, anak2 yg baru masuk darjah 1 tak bole lari dari kehilangan brg2.
    anak sulung saya yg darjah 3 tu pun ade je hilang pensel, pembaris, pemadam.
    nak buat macamana kan..x boleh nak pantau..
    dah lekat sticker nama but still hilang juga. huhuhu
    budak2 zaman skang tak mcm zaman kita dulu.
    kita dulu dpt sebatang pensel pun kita pandai jaga. hehehe

    ReplyDelete
  6. ye la kan ucapan maaf yang sangat terharu

    ReplyDelete
  7. tak reti nak ajar atau tunjuk ajar macam mana sebab syahmi jarang hilang barang..

    ReplyDelete
  8. sama la mia... anak sy yg darjah 1 pun gitu.. tp lebih kpd kawan yg ambik brg dia.. kmarin balik rmh ada lebam d betis, kawan tolak. ada budak darjah 3 yg bw dia p bilik guru. susah betul hati..

    ReplyDelete
  9. salam, masa anak bongsu saya djh 1 dulu pun camni, hampir setiap hari ada je brg hilang huhuhu..puas juga nasihat baik2 cara jaga barang, tapi mmg kna doa selalu..insyAllah masalah ni makin kurang..sekarang hero sy dah djh 3, makin ok dah...ada juga brg hilang..tapi dah jrg berlaku..satu lagi sy perasan, masalah ni sangat common kalangan anak lelaki. anak perempuan sy dulu masa djh 1-3 xde lah hilang barang sekerap adiknya.

    ReplyDelete
  10. payah jugak ni..kalau tulis nama pun belum tentu takkan hilang..maybe kak Mia boleh pesan kat dia, jangan letak barang merata.tak pun pesan je kat cikgu kelas Shamzi, tolong tengokkan.Tapi baguslah kak MIa tak marah dia.Kalau dah mintak maaf macam tu, hati siapa lah yang tak cair..hehe

    ReplyDelete
  11. Bagus sebab minta maaf dulu. Tak jadi ibu nak marah...hehehe...

    So far jarang barang kimi hilang kecuali neck tie dia.

    ReplyDelete
  12. Pandai Shamzi, takut umi marah, cepat cepat dia mintak maaf yeh....Biasalah tu Mia budak lelaki, kalau budak pompuan pandai sikit jaga baramgnya. Si SA bukan darjah satu jer barang hilang, masuk asrama pun songkok hilang, bukan sekali 3, 4 kali rasanya....bayangkan jerlah Mia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang