Skip to main content

Shamzi tahun 1 dah!

Assalamualaikum

Shamzi masuk darjah 1 dah tahun ni. Sama sekolah dengan abangnya Shumi. Kalau dibandingkan dengan Shumi, Shamzi aku agak risau sedikit. Shumi jenis yang mudah berdikari, Shamzi pula agak manja sedikit dan sedikit bergantung dengan Umi dan Babanya plus cengeng. Sikit2 nak menangis. 

Aku ambil 2 hari cuti sebab nak pantau dan temankan Shamzi di hari pertama dia ke sekolah. Aku sebenarnya tak berapa risau sebab Shumi belajar di sekolah yang sama dengan Shamzi dan sesi yang sama. 
Tapi aku masih juga nak temankan Shamzi ke sekolah. Yalah kan nak juga tengok anak masuk darjah 1 walaupun drama menangis dah agak kurang sekarang ni. Rata2 budak dah biasa ke sekolah dan tak rasa takut lagi. Lagipun wajiblah snap gambar untuk dikongsikan dalam blog.

Bila tengok gelagat budak2 sekolah tu semua, teringat zaman 80-an dulu. Sewaktu sekolah rendah. Aku masuk darjah satu kata bapa langsung tak menangis walaupun aku tak pernah masuk tadika masa tu. Badan aku waktu tu kecik dan kurus. Kata bapa, beg sekolah tu lebih besar dari aku ( overlah perbandingan bapa, beg sekolah besar dari orang ... huhu). 
Aku ingat2 lupa dah waktu tu. Yang aku ingat bapa melihat aku melalui tingkap bilik darjah. Dia tunggu aku sampai abis waktu sekolah. Satu yang aku tak lupa, aku agak berani di hari pertama darjah 1. Dengan penuh keyakinan aku angkat tangan, pergi ke meja cikgu dan bertanya 'Cikgu .... bila kita boleh pulang ??' Padahal baru saja kelas bermula. Emmm bestnya bila mengimbau masa tu.

Shamzi di tengah2 budak sekolah yang lain. Muka tak ada langsung pun takut. Excited adalah. 


Shamzi dalam bilik darjah. Aku sebenarnya nak suruh dia duduk depan tapi dah penuh. Terpaksalah dia duduk di barisan ketiga. 


Close up sikit budak darjah 1 ni. Tu malu sebenarnya nak senyum sebab gigi depan dah jatuh 1 batang.  Nak ganti gigi kekal dah.


Shamzi dan abang Shumi. Abaikan keskemaan Shumi tu. Butang baju sampai di leher. Shumi memang seorang abang yang bertanggungjawab. Umi tak lah risau sangat. Dia ajar adiknya ke kantin, macam mana nak ke tandas, siap suruh Shamzi panggil dia di bilik darjah lagi jika Shamzi tak ada kawan nak ke tandas. 



Abis cerita Shamzi masuk darjah 1 tahun 2015 ni. Nanti cerita lain lagi lah ye. 


Note : Hari ni agak risau sedikit sebab Shamzi ke sekolah seorang diri. Shumi demam tak dapat nak ke sekolah. Berulang2 pesan Shamzi tadi, jangan itu jangan ini, masuk kelas terus .... moga Shumi cepat sembuh. 




Comments

  1. Smg shumi cepat sembuh ye. Comel la gambar dua beradik ni pki baju sekolah.

    Hahaha..lawakla pulak pglmn mia sekolah waktu kecik dulu..

    Shamzi lama2 nnt ok la tu..kurangla la sigat cengeng dia nnt. InsyaAllah padti shamzi good boy..

    ReplyDelete
  2. hehe, comel tengok senyuman shamzi tu..bagus la nda nangis lagi kan..

    ReplyDelete
  3. Ooo...Shamzi ni sebaya lah dgn anak sulung saya...:)
    Takpa, abang nya ada satu sekolah, boleh tengok2 kan...
    Moga abangnya sembuh dari demam cepat...

    ReplyDelete
  4. selamat belajar shumi & shamzi..:)

    ReplyDelete
  5. Comel betul Shamzi beruniform sekolah -hensemlah sayang:)
    Shumi abang yg bertanggung-jawab. Sifat anak sulung dah terserlah padanya Mia..

    ReplyDelete
  6. mesti shamzi okay punya...da pandai berdikari sama macam abang shumi jugak

    ReplyDelete
  7. comel je dia pakai baju sekolah macam tuu :D

    ReplyDelete
  8. Tahniah Shamzi..... sebab berani.....Patut pun auntie tengok senyum tutup gigi jer haha
    Kalau mama berani anak for sure beranikan hihi....
    Nampak kat gambar tu abg mcm berisilah ye ke?

    ReplyDelete
  9. Wah semangat Shamzi pergi sekolah. Belajar rajin-rajin yea.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a