Kerana Popia itu

Assalamualaikum

Alkisahnya pagi khamis membeli popia sayur yang baru digoreng panas2 dari restoran yang biasa aku bersarapan setiap hari.
Makan bersama segelas nescafe panas.

Jam 10 lebih hari yang sama, perut memulas, rasa kembung banyak angin semacam. Rasa cam nak membuang tapi bila ke tandas hanya angin yang keluar ... huhu
Tengahari badan dah tak sedap, sejuk semacam, muka rasa dah berbahang..demam.
Makan 2 biji panadol, dapat jugalah bertahan hingga abis waktu kerja. 

Balik rumah dah tak tahan ... terus tidur. Nasib baik hubby tolong urus anak2. Esoknya jumaat 31hb tu, terpaksa ambik EL sebab kepala terasa sakit sangat. 
Bermula episod ceri beri aku hari tu...dalam sehari tu dekat 8 9 kali membuang. Sampai badan pun dah jadi lembik.
Hari jumaat tu nak ke klinik pun tak larat. Esoknya baru pegi ke hospital minta ubat.




Sabtu dan ahad, lembik jak. Sempat jugalah balik kampung tidur semalam sebab nak ambik adik bawa ke kk. Minta tolong jagakan anak2, hubby kursus seminggu katanya.
Memula tu risau juga sebab tak ada tolong jagakan Damia dan Shamzi petang lepas sekolah tu. Nasib baik ada adik jadi penyelamat, tolong jagakan seminggu.
Terima kasihlah adikku Lina, nanti kakak bagi upah (^_^)

Hari ni dah ok sikit...selera makan pun dah ada. Tak ceri beri lagi lepas minum ubat 'arang' yang hospital bagi. Kata adik aku yang nurse tu, memang ubat charcoal tu untuk mereka yang keracunan makanan. Ngeri aku tengok ubat tu...hitam pekat. Nasib baik berkesan.

Lepas ni mungkin sebulan 2 agak fobia lah makan popia. Takut tragedi popia sayur berulang lagi. huhu


Note : 31hb adalah hari kelahiran ku tapi disebabkan ceri beri terpaksa diam2 kat rumah je lah.


12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Alahai..popia tu sayur dlm dia dah basi kot. Alhamdulillah mia dah ok.

    Happy belated bufday mia. Smg dipanjangkan umur dan fimurahkan rezeki selalu insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Mungkin bahan2 dalam popia tu dah terkena 'jangkitan kuman'.

    Selamat hari ulangtahun kelahiran yang terlewat, Mia. Semoga sentiasa dikurniakan Ilahi dengan segala kebaikan buat Mia seisi keluarga.

    p/s : tengok nama HQE, teringat kakcik pernah 'bertunggu-tangga' di situ beberapa tahun lalu...

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday mia, semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan, kebahagiaan serta kejayaan dunia dan akhirat yer... get well soon...

    ReplyDelete
  4. bahaya tu tu keracunan makanan..huhu

    hepi bestday kak mia..:)

    ReplyDelete
  5. Mmg elok kalau simpan stok kat rumah ubat charcoal & ORS ( air garam) tu...kalau cirit birit, makan ubat ni plus minum air banyak banyak....

    ReplyDelete
  6. lahaiiiiiiiiiiiiiiiii

    siannyer..sama la kita...ari tu pun baru kene food poisoning jugakk.. seksa la rasanya hazabb nak kuar masuk toilet tu... last2 dpt mc..tu pun dari klinik swasta..g klinik kerajaan hari sblm tu..hmmmmmmmm...dpt ubat jer sebakul... tskkk...tsskkkkk..tsssssssssskk..

    get well soon yer.. & sanah helwah..moga kekal sihat & bahagia ke akhir hayat..amin :)

    ReplyDelete
  7. huishhhh keracunan makanan, takutnya.. hope u dah baik now.

    ReplyDelete
  8. Kasihannya. Lepas ni kena jaga-jaga dan beringat nak makan Akak yea. Selamat Hari Lahir.

    ReplyDelete
  9. Kesiannya....kalau kena ceri beri, tau dah .... mmg confirm lembik, selera pun tak de kan Mia...takkan nak celebrate pulak rugi weyh!!!...

    Okje kalau ceri beri tak pernah makan ubat arang pun, selalunya makan pil chi ket tee oun jer.

    ReplyDelete
  10. Singgah tengahari ...celebrate ke weyh...sonyap yo

    ReplyDelete
  11. ah mmg kena beringat2 tuh mia agar tak terkena lg...
    sib baik adik ko baik ati kn nak jg anak2..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post