Assalamualaikum
Salam ahad korang. Ni entri yang siapkan awal2 semalam sebab sekarang ni dah on the way pegi JPJ UTC sebab nak perbaharui lesen memandu yang nak expire jumaat minggu depan.
Buat awal-awal supaya tak kelam kabut dan elakkan daripada terlupa. Nasib baik JPJ kat UTC ni buka pada hari ahad. Memudahkan urusan bagi mereka yang bekerja seperti aku ni. Tak payah nak apply cuti tahunan semata-mata nak perbaharui lesen. Jimat cuti aku hehe
Semalam kitaorang sempat jugalah berjalan-jalan di Festival Hijrah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan sempena awal muharram 1436H.
Tapi kitaorang sekeluarga sempat pegi selepas asar tu jak. Banyak gerai dah tutup. Tapi masih ramai juga pengunjung yang datang masa tu.
Kitaorang sempat jugalah menjengah beberapa gerai yang masih buka. Dan aku sempat jugalah membeli 2 helai tudung bawal. Murah RM10.00 sehelai tetapi coraknya menarik bagi aku.
Dalam setengah jam gitu kami beredar sebab Shumi dah tarik-tarik baju Babanya, laparrrrr....(^_^)
**********************************************************************************************************
PELUANG TAMBAH DUIT POKET | Pendaftaran Percuma, cuma kongsikan dan anda akan dibayar....emm tak percaya, cuba dahulu baru tahu
bestnya ada peluang jalan2 ke sana..wana x sempat mau jalan p sana..sibuk dirumah..huhu..btw, lawa rupa blog mia skang ni..wana nak bear kaler pinky tu..heheh..
ReplyDeleteWah meriah jg sambutan maal hijrah kt sana ye..bestkan jln2 cuci mata ;)
ReplyDeleterindu sabah..bila2 nk pi lagi..
ReplyDeletehaihh la sabah.. rindu sama kamu bah.. hihihihi.. wajib pi next year.. huhu
ReplyDeleteTeringin gak nak tengok bawal corak tu Mia....mananya?
ReplyDeleteTulah kita nikan......dah namanya pompuan, rambang mata betul haha....
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!