Skip to main content

Minta izin sebelum ambil

Assalamualaikum

Yang selalu jadi pengunjung setia blog ni (ada ke??), tentu perasan banyak gambar2 yang aku kongsikan untuk tatapan bersama. Semua gambar adalah hasil karya hubby dan aku lah orang yang bertanggungjawab gitu siarkan karyanya yang tak seberapa itu. 

Kawan-kawan ada juga yang bertanya, kenapa ada gambar yang tidak di watermark kan. Kata hubby biarlah, kalau ada yang nak ambil, ambillah. Kalau nak di water mark pun, orang sekarang dah bijak pandai....dorang dah pandai padam segala water mark tu. Apa yang hubby aku buat ialah kecikkan mp gambar tu. So kalau ada pun yang copy atau printkan gambar tu, memang tak boleh sebab gambar dah pecah2. 

Tapi kan, walaupun hubby aku tu sedikit baik hati, aku tak. Korang nak ambik atau nak copy ke segala gambar2 tu boleh......aku ok jak selagi orang tu minta keizinan dari aku atau pun hubby. Minta izin pun, bukannya susah sangat kan. Aku tak caj pun gambar tu. Dah banyak kali aku terbaca luahan kawan2 yang mana gambar2 mereka telah dicopy atau diambil begitu saja tanpa keizinan ataupun credit kepada pemilik asalnya. Memang sakit hati tau.
Dan perkara tu terjadi juga kat hubby aku. Ni pun kawan hubby yang terjumpa di FB dan sharekan kat hubby aku. Kalau tak memang kami tak akan tahu yang gambar hubby telah digunakan untuk kerja individu tersebut. 


Bukan main dia up kan status kat FB ye. Aku tak marah tapi sakit hati jugalah sebab gambar yang memang milik hubby dijadikan gambar muka depan program orang tu. 

Gambar pelajar yang sedang memegang bendera Malaysia tu ialah anak murid hubby aku dan gambar ni aku pernah postkan kat blog ni, rasanya tahun lalu. 


Gambar asal


Aku dah pm orang tu di FB (bukan nak marah, sekadar bertanya di mana dia dapat gambar tu). Katanya di FB juga. Nasib baik dia dah minta maaf. Katanya pengajaran untuk dirinya. Nak guna barang orang kenalah minta izin daripada tuannya. Gitu.

Nak minta izin senang jak sebenarnya.......contoh paling mudah macam kat bawah ni. 
Dia nak ambik gambar masjid UMS yang aku postkan dalam blog ni tahun lalu. Katanya dia dari majalah pendidikan. Dan kami telah pun berhubung melalui email mengenai hal ni. Mudah kan. 
So lepas ni sapa2 rasanya nak guna ke atau nak copy ke gambar dari blog ini (kalau ada lah kan hehe) boleh contact jak aku di salmiahdz@yahoo.com






Note : Memang sebenarnya hal2 camni, adalah di luar kawalan kita. Kita dah postkan gambar dalam blog ni, semuanya akan terpampang di Google Image tu. Kadang2 tu terpaksa redha jak lah orang ambik hak kita.




Comments

  1. gambar tu memng cantik.. Mia..
    kreatif..tu yg rasa nk guna.

    ReplyDelete
  2. yes... sekecil mana pun barang yang bukan hak kita, wajib untuk mendapatkan kebenaran ^_^

    ReplyDelete
  3. gambar-gambar yg mia posted mmg cantik :)

    ReplyDelete
  4. Kakak tahu cikgu Dzul punya 'tangkapan' memang menarik.
    Kakak pun pernah komen bila gambar menarik yg Mia papar mesti hasil cikgu kan...

    Yg tak baiknya macam inilah - ibarat kena cetak-rompak kan Mia.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya memang kena minta izin dulu. Kita amik orang punya kan. Tapi gambar2 memang cantik.

    ReplyDelete
  6. memang kita kena preapre lah tuk hadapi risiko gambar kena copek tuh kat alam maya nie kan..kalau tuannya tak sedar selamatlah pencopek tuh..apapun lebih halal caranya spt yg mia jlaskan diatas...:)

    ReplyDelete
  7. at least creditkan dekat owner gambar tu...isk..apelah diorang nie

    ReplyDelete
  8. Betul.. seeloknya minta izinlah.. tak pun credit pada gambar tu dari mana sumbernya.

    ReplyDelete
  9. ye betul..mintak izin dulu..kadang2 ada orang tak tahu.dia google gambar lepas tu terus save image dari google.dia tak tengok pun gambar tu dari blog atau laman web apa.tu yang kadang2 jadi salah faham..

    ReplyDelete
  10. Manusia nikan berbeza beza ......ada yg suka ada yg tak suka.....okje ada gak buat cenggitu pinjam masuk dlm blog tp credit kat tuannya ...Agaknya depa marah jugak yeh Mia....huhu

    ReplyDelete
  11. Ramai yang belum sedar bahawa ambik gambar kat "google" adalah tidak wajar tanpa mendapat keizinan, at least bagi la source link kan.

    ReplyDelete
  12. Patut nya minta izin atau pun kasi kredt org yg punya gmbr ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang