Rumah terbuka taska - Mia - Memories of Mine

Latest

Friday, August 8, 2014

Rumah terbuka taska

Assalamualaikum
 
Dah masuk 12 syawal hari ni kan. Ramai lagi yang mood berhari raya ni. Hujung minggu ni pasti ramai yang ambik kesempatan untuk buat rumah terbuka kan. Aku ???? emmm tahun ni rumah tertutup budget tak berapa nak cukup hehe ... :P
 
Termasuk juga tadika dan taska, banyak yang buat sambutan hari raya. Taska dan Sekolah Agama tempat anak-anak aku belajar buat sambutan hari raya hari ni. Bukan main eksaited lagi dorang Shumi, Shamzi dan Damia suruh Umi dan Babanya ni beli makanan dan minuman untuk majlis hari raya ni. Yalah pihak taska ada juga memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa, tu yang dorang Shumi beria-ia benar tu.
 
Tadi pagi bukan main bersemangat lagi dorang Shumi dan Shamzi bangun awal bersiap-siap pakai baju raya dorang. Siap pakai samping lagi walaupun tak kena dengan warna baju melayunya. Damia cam biasalah masih lagi beradu...aku main angkat jak dia dalam kereta, sampai taska barulah cikgunya mandikan dia. Aku dah siap2 simpan baju kurung Damia dalam beg takut tertinggal.
 
Sampai taska aku sempat lah snap gambar dorang. Shumi dan Shamzi malu2 bergambar sebab ramai kawan-kawannya tengok. Tu yang aksi cam malu2 kucing tu.
 
 
Aksi malu2 kucing dari Shumi dan Shamzi. Damia yang masih bau assam menyelit sama bergambar.
 
 
 
Shumi dan Shamzi ... Shumi dah macam YB pula dengan sampingnya yang ternaik ke atas tu... hehe
 
 
  

10 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    sory sangat2 bz x sempat nak singgah lama2
    anyway jemput datang open house anum ya

    ReplyDelete
  2. Damia tak mandi pun sedap dipeluk-cium:)
    Abang-abang dah segak tak sabar nak meraikan dgn kawan-kaan tu Mia.

    ReplyDelete
  3. kacak sungguh sedondon pakai bj melayu, tadika anak sue pun wat jamuan raya harini.

    ReplyDelete
  4. mana gambar damia pakai baju raya?

    klik sony untuk akak..

    ReplyDelete
  5. seronok bah anak2 kalau ada open house ni Mia.. suka sebab ramai kawan & happening... hihihi.. hensem dua2 hero tu pakai baju melayu:)

    ReplyDelete
  6. seronok budak budak tuh kan de open house kt taska

    ReplyDelete
  7. Tulah....mmg belum habis lagi Open house nampaknya selagi tak habis Syawal ni cuma okje aje tak buat open house hehe
    Hehe...yelah nampak malu malu post mereka tu hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!